Followers

Kurus Tidak semestinya sihat

Salam...

kali ni nak cerita sikit pasal orang kurus ni...lebih ditujukan kepada aku & kawan-kawan seangkatan yang kurus..hehe..untuk pengetahuan kawan-kawan...minggu ni je 3 kali dah aku pergi jogging kat stadium tau..jogging setelah 3 tahun aku tinggalkan..gile hebat kan? bukan pe,malas tau..dalam pala otak aku,aku dah kurus..s0,xpayah kot nak jogging2 bagai ni..buat penat je...korang2 yang kurus mesti pikir camtu jugak kan?hahaha...jangan nak tipu..:p ok,memula aku tak terpikir pun nak g jogging ni..ni semua salah member aku si puteri tu..die yang beria ajak aku jogging..then yang aku lak,pikir kasut nike yang mr.apit belikan tu aku dah lama x pakai..s0,klo jogging boleh ar aku pakai..haha...niat dah lari da tu kan?

tiap2 hari pas balik keje aku rehat setengah jam jap kat umah..pastu tr0s tuka baju sukan...then,tr0s gerak g stadium..hari pertama jogging,malam tu aku x boleh tido..kaki aku teramatlah sakit...nak turun tangga gile sakit tau..turun tangga pun kene kangkang2 macam orang baru lepas kene rogol...haha..seryes sakit gile weh..tapi still jogging jugak esoknye..masuk hari kedua,kaki aku yang sakit tu ok sikit dah...dah boleh lompat2 macam monyet dah..huahuahua...

yang aku x puas hati skang ni,bile cakap kat member2 yang aku jogging..semua gelak tau..dorang cakap buang masa ar pe ar..aku dah kurus nanti lagi kurus ar...haaaiissh!! tension je aku dengarnye tau..lantak aku la nak jogging ke pe..badan aku..bukan badan korang..korang ingat orang kurus ni semuanya sihat ke? pastu korang ingat jogging ni untuk kuruskan badan je ke?? huh!! meh sini aku nak share sikit pe yang aku jumpe kat google tentang orang kurus ni...

tidak semestinya kurus itu sihat. Lemak yang mengelilingi organ penting seperti jantung, hati dan pankreas - yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar - sama bahayanya dengan lemak yang menjadi sebahagian bentuk badan orang gemuk.

"Kurus tidak bermakna secara automatik anda tidak gemuk," kata Dr Jimmy Bell, Profesor Imbasan Molecular di Kolej Imperial, London. Sejak 1994, Bell dan rakan setugasnya mengimbas lebih 800 orang bagi menghasilkan 'peta gemuk' bagi mencari di mana lemak tersimpan.

Menurut data yang diperoleh Bell, mereka yang mengekalkan berat badan melalui diet, memiliki lebih banyak lemak walaupun pada mata kasar mereka kelihatan kurus. Senario ini lebih bahaya kerana orang kurus selalu berasa mereka sihat kerana tidak gemuk.

Sebelum ini, orang kurus dianggap lebih aktif dan sihat, tetapi menjadi orang kurus yang tidak cergas juga sama tinggi risikonya dengan mereka yang obes dan tidak aktif. Begitupun, berita baiknya lemak pada bahagian dalam boleh dibakar melalui senaman atau memperbaiki pengambilan diet.

Jika mahu kelihatan kurus, diet memang sudah mencukupi, tetapi untuk menjadi kurus dan sihat, senaman adalah komponen gaya hidup terpenting," kata Bell.

Daripada 800 responden, Bell mendapati 45 peratus yang memiliki BMI antara 20 hingga 25 orang memiliki lebih banyak lemak tersimpan. Daripada jumlah itu 60 peratus adalah lelaki. Senario itu yang dinamakan sebagai TOFIs — 'thin outside, fat inside'. "Lebih kurus seseorang itu, lebih besar kejutannya," katanya.

Mereka yang kurus selalunya lebih banyak makan makanan berlemak, makanan bergula dan tidak bersenam, tetapi jumlah pemakanan itu tidak cukup banyak untuk membuatkan mereka gemuk dari segi penampilan.

Saintis percaya tubuh menyembunyikan lemak pada bahagian dalam dahulu sebelum lemak 'muncul' pada bahagian lain seperti perut. Begitupun, masih ramai pakar percaya BMI adalah ukuran tepat untuk kesihatan yang baik.

Pakar pemakanan dari Majlis Penyelidikan Perubatan BrItain (MPPB), Dr Toni Steer, berkata pakar perubatan tidak pasti mengenai bahaya lemak pada bahagian dalam tetapi sesetengah pakar meramalkan ia boleh menyumbang kepada risiko serangan jantung dan diabetes, ini berdasarkan teori lemak pada bahagian dalam mengganggu sistem komunikasi. Lemak yang menyelaputi organ dalaman mungkin menghantar isyarat kimia badan yang salah untuk menyimpan lemak di dalam organ seperti hati dan pankreas. Ia boleh membawa kepada masalah penolakan insulin (diabetes jenis 2) atau serangan jantung.

"Menjadi seorang yang kurus tidak bermakna dia kebal pada serangan diabetes atau tidak berisiko pada serangan jantung," kata Dr Loius Teichholz dari Hackensack Hospital, New Jersey.

Teichholz berkata, mereka yang memiliki jisim berat badan normal juga boleh memiliki tahap lemak 'tersimpan' yang memeranjatkan.

Sekian.


bace la korang2 yang kurus...better bersenam walaupun badan da maintain cantik...ok? aku skang ngah mengumpul baju sukan...haha...excited bersukan lak skang ni.. :p

0 comment readers:

Post a Comment

 
All Right Reserved by Amira Blog Design by ANIS NADHILAH