Test Drive Proton Preve
Pre-Wedding Photoshoot
sangat2 happening la krew ally & elly studio ni...memula memang agak kaku sebab malu2 kucing...tapi last2 memang xde perasaan malu dah...seronok sangat sebab rase macam artis! hehehe...
Dalam Kekeliruan
Kad Kahwin Ready
Sticker for Glass Jar
Tahniah Bff
Proton Preve Kereta Idaman 2012
Sunday Yg Sibuk
Al-Fatihah
Set Katil Baru Utk Pengantin Baru :)
Kejutan Dari yg Tersayang!
Tips atasi rasa marah
Berwuduk
Ini adalah cara terbaik. Ketika anda sedang marah, berwuduklah. Pasti akan redha kemarahan itu. Selain itu, wuduk juga dapat menghapuskan dosa-dosa kecil. So, amalkan la berwuduk.
Beribadat
Perkara paling senang untuk dilakukan. Bagi umat Islam hari-hari diwajibkan solatkan?? Solat tu dah dikira ibadat. So jangan lah tinggal solat. Senangkan. Solat dapat menenangkan diri anda. Anda juga boleh melakukan ibadat lain seperti qiamullail, baca al-quran dan macam-macam lagi sebagai tambahan.
Makan Coklat
Ada kajian yang menyatakan bahawa makan coklat dapat mengurangkan tekanan darah dengan membesarkan pembuluh darah. So kurang lah naik darah tu.
Melihat Pemandangan Cantik
Melihat alam ciptaan Allah ini memang banyak hikmahnya. Kagum dengan segala ciptaanNya. Hati anda akan lebih sejuk.
Amalkan Minum Teh
Teh dapat menurunkan kadar peningkatan hormon marah. So bila tiada hormon tu, anda tidaklah naik angin tidak tentu pasal jer.
Menonton Video Atau Cerita Lucu
Dengan menonton dan menbaca sesuatu yang lucu anda akan ketawa. Dengan ketawa anda boleh menghilangkan sedikit sebanyak duka atau masalah-masalah yang berlaku. Anda akan merasa lebih happy.
Berurut
Anda boleh mengurut sendiri kepala anda. Ataupun nak lebih sedap suruhla rakan-rakan anda ataupun sesiapa saja yang urut. Kalau rasa banyak duit boleh pegi spa. Satu badan dia urutkan.
Meluahkan Perasaan
Kadang-kadang bila kita simpan sesuatu didalam hati kita menyebabkan kita akan cepat naik marah. So, jika ada sengketa berkongsilah dengan sesiapa saja. Kita akan memperoleh banyak cara untuk melerai kerumitan yang terjadi. Jangan tanggung seorang diri. Lebih banyak kita kongsi, lebih banyak idea yang akan diperolehi untuk selesaikan masalah.
Banyak lagi sebenarnya. Tetapi yang aku tulis ini adalah perkara biasa yang dilakukan bagi orang meredakan kemarahan mereka. Sama-samalah kita amalkan...
p/s : partner aku dah dapat warning latter..hamek kau!! lain kali ubah perangai tu..baru semua orang sayang... :)