Followers

Tempah Baju Nikah

alam..

jeng..jeng..jeng.malu nak bagitau..sebenarnye hari ni aku g butik pengantin yang sama masa majlis pertunangan aku hari tu..aku dah mula g tempah baju nikah kat butik tu.yela,sayang lak x buat pape kain hantaran tunang haritu sebab nanti ntah bile la nak buatnye.alang2 ada taylor yang boleh buat so aku pun serahkan la 100% kat taylor tu.butik tu melayu..tapi die upah taylor cina untuk jahit baju pengantin.so baju die kemas la kan sebab setahu aku hasil kerja cina ni memang kemas.bukan la melayu tak kemas.cuma melayu ni x berapa nak prihatin sangat dengan kualiti jahitan die.asal lawa je dah.design die aku ikut kat majalah pengantin..x snap la pulak pic baju tu sebab terlupa..hihihi...yang pasti baju tu sangat cantik..x sabar nak tunggu die siap..tapi janji dalam bulan 5 siap la baju tu..

kain pasang mr.apit bagi kat aku..

kain pasang aku bagi dekat mr.apit..

lepas tu....

aku terus la bayar booking rm370 untuk pakej perkahwinan sekali..alang2 dah datang baik bayar terus kan.nanti entah bile la boleh datang lagi sebab aku ni pemalas sikit orangnye..hihihi..g ni pun sebab member2 dah bising soh booking cepat.bulan 6 ramai kawin..tapi memang betul pun cakap dorg tu.aku bukan xnak tau.tapi sebab tarikh confirm xde lagi.so dat's why la berat je hati aku ni nak g butik pengantin tu..ok,skang aku nak list kn pakej perkahwinan yang aku amek tu..sesape yang berminat boleh la pm aku yerk..

PAKEJ D'FANTASIA (RM1970)

  • PELAMIN TERKINI (MENGIKUT CITARASA PENGANTIN)
  • BAJU PERSANDINGAN LACE+CHIFFON (REKAAN TERBARU KHAS UTK PENGANTIN)
  • MAKE-UP 2X
  • ASSESORI LELAKI & PEREMPUAN
  • PAYUNG 1 SET
  • BUNGA TANGAN
  • KASUT PEREMPUAN SAHAJA
  • UKIRAN INAI HENNA
  • ARCH (PINTU GERBANG)
  • RED KARPET
  • GAUN + KOT
  • HIASAN BILIK TIDUR
  • HIASAN MEJA MAKAN
OK..agak2 puas hati x dengan pakej tu? baju sanding die buat baru khas untuk kite..sepasang lelaki & perempuan..aku pilih tema hijau turquoise..akak tu cakap memang susah sebenarnye nak cari kaler ni..tapi die tetap cari jugak..hehe..tengs ye kak..customer's first yerk.. :) bunga tangan aku tukar kot..aku ade design sendiri yang aku nak..tunggu...... :)


Pergi 3 Bank dalam masa 1 Jam

Salam...

ok,memandang kan gaji dah masuk hari ni..makanya tadi lepas lunch aku g bank..3 bank sekali aku pergi hari ni tau..semuanya disebabkan DUIT.. :D tempat pertama yang dituju :

MAYBANK..

niat g maybank ni sebenarnye nak simpan duit yang customer order je..alhamdulillah..rezeki meniaga bertambah la sikit sejak beberapa hari ni..hehe..pastu nak simpan jugak duit adik aku..die bawah umur,so die takde ATM sendiri..that's why la duit die semua simpan kat aku..so aku sebagai penjaga amanah kene la jaga duit tu elok2 supaya x terpakai..banyak jugak tau duit adik aku..sekarang ni total aku kira dah ada rm390 tau..pandai tol die menyimpan duit..aku dulu haremmm xde menyimpan langsung.dah tua ni bawu la pandai nak menyimpan...eh..tua ke?? hihihi...nope!

Bank Rakyat

lepas tu pergi bank rakyat lak...sebabnye aku nak buat kad..dalam tu ade duit hantaran yang mr.apit dah masuk semuanya kat aku.bank rakyat aku tu pakai buku je..susah untuk aku kuarkan kalau nak bayar booking ape2 nanti..al-maklum la..orang bizi la katakan..kih3..senang jugak la proses die..juz isi nama dengan no ic je..ikutkan kene bawak buku bank sekali..tapi tadi dah kelam aku aku terlupa nak bawak..aku 'kencing' orang kat kaunter tu cakap yang buku tu xde kat sini sekarang..bukan kat tangan aku...so proses pun menjadi lagi senang..pakcik guard tu cakap,kalau kite cakap buku tinggal kat umah dorang xnak proses..dorang suruh balik g amek dulu..tu aku terpaksa menipu sikit..untuk menyenangkan kerja aku..kih3..dalam 5 minit pastu siap la kad aku..pastu try cek tengok ade RMxx xxx dalam tu..huhu...aku kaya!!!!

CIMB BANK...

aku g cimb ni pun sebab nak cek gaji je sebenarnye..kalau dah masuk cadang nak simpan sikit kat ASB..simpanan masa hadapan la katakan..kui3..so tadi,cek punye cek..gaji pun masuk dah..2x ganda naik dari yang biasa..syukur alhamdulillah..ni semua gara2 oncall bulan lepas..masyyukk...then,aku pun isi borang wang masuk ASB..untuk ASB aku kuarkan rm500 n masuk kat situ terus..alang2 dah sampai situ kan..selalu masuk ASB dekat pejabat pos je..cimb tadi aku tengok x ramai orang,makanya xkan nak buang masa g banyak2 tempat lak kan...nak masuk untuk mr.apit rm100 sekali..kat ASB die..die bagi lama dah kat aku duit tu.tapi x berkesempatan lagi nak masuk tau..hihi..yang ye nye MALAS..!

so sekarang ni urusan berkenaan duit semuanya dah selesai.....senang kerja aku nanti nak booking semuanya sebab segalanya dihujung jari..hehehe..bye!



Tamat Sudah Oncall Bulan Ni :)

Salam..

seronok sangat!! hari ni hari terakhir aku pegang oncall untuk bulan ni..setelah 2 minggu aku diganggu dengan panggilan oncall dari spital..akhirnye starting from tomorrow aku dah boleh rilex..dah boleh g jalan jauh2..xde terikat dengan oncall selama 2 minggu..dan aku jugak akan cuti sabtu & ahad untuk 2 minggu bulan Mac ni..sukenye!! yang pasti jugak,aku akan g penang minggu depan..melawat tunang tersayang + jenjalan Queensbay sekali. nak beli barang hantaran..oppss...! huhuhu...



penat tau rasenye bulan ni..semua gara2 partner aku xde..kene g training kat pantai ipoh.tinggal la aku keseorangan kat lab..jaga lab sensorang..kene maki dengan doktor sorang2...s0o....sad!!! :( tapi xpe..yang penting aku dah buat yang terbaik..tadi aku dah calculate total oncall + standby aku..pergghh!! mantap beb.. bulan February je aku dapat kaut oncall dekat rm800..belum masuk gaji lagi..masyuuukk..!! hihihi...



actually bagus tau tempat keje aku ni..macam2 kelebihan die bagi untuk staff..aku confirm keje 2 bulan lepas naik lagi rm200..senang2 je naik kan? kaya betui hospital pantai ni..bulan ni semua staff dapat rm400..kaya lagi..hehe...nak tau dapat sebab pe sila klik sini.. so skang ni..sesape yang nak keje swasta yang kukuh,korang boleh la apply kat hospital pantai yerk..memang terbaikk..!!



p/s : bisnes aku makin laku sekarang ni...jom membeli belah kat sini..



Senarai Semak Bakal Pengantin

Assalamualaikum


kat bawah ni list secara detail untuk merancang wedding korang. Oh, lupa aku save dari siapa. Maaf. Malas cakap eh tulis panjang-panjang, enjoice!




Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.



Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:



8 – 6 BULAN SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
• Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
• Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
• Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
• Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
• Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
• Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
• Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.



Bagi pengantin lelaki:

• Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.




5 BULAN SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
• Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
• Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
• Membeli cincin kahwin.
• Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
• Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
• Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
• Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
• Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.




3 BULAN SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
• Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
• Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
• Rawatan intensif muka, badan dan rambut.


Bagi pengantin lelaki:

• Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
• Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.


Bagi pengantin perempuan:

• Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
• Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.




2 BULAN SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Membeli barang kemas
• Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
• Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
• Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.




3 MINGGU SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
• Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.


Bagi pengantin perempuan:

• Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).




3 – 1 HARI SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
• Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
• Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
• Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
• Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
• Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
• Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.


Bagi pengantin lelaki:

• Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.


Bagi pengantin perempuan:

• Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
• Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)




PADA HARI PERNIKAHAN:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.


Bagi pengantin lelaki:

• Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
• Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
• Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
• Cincin / gelang tangan / rantai.
• Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
• Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
• Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
• Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda.
• Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.




PADA HARI PERKAHWINAN:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
• Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
• Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.


Bagi pengantin lelaki:

• Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
• Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung


Bagi pengantin perempuan:

• Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.




3 HARI SELEPAS perkahwinan:

• Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.

p/s : secara jujurnye aku langsung xde buat persiapan lagi tau...ikut planning tarikh kawin kami bulan 6 ni..tp....semuanya terserah kepada ipd mr.apit.. :(

Aktif Berbisnes Semula

Salam...

dis month,tetibe terbuka hati nak mulakan balik bisnes..tapi bukan bisnes tudung macam dulu..kali ni nak jual kemeja, maxi dress ngan t-shirt korea..agak2 korang nak beli tak kalau aku jual?hihihi..sebab pe tau aku nak buat bisnes ni? sebab aku dah mula rasakan betapa x berbaloi nye aku bayar bil p1wimax ni tiap2 bulan hanya untuk online facebook & b'blogging semata-mata.haha.. sangat tak berbaloi kan? so dat's why la aku decide nak buat something yang boleh menguntungkan aku. maka dengan ini bermula lah kerjaya aku yang ke-2 sebagai peniaga pakaian on9..aku join venture dengan kawan aku Farhani Borhan...nama aku kan Amira..so terciptalah facebook ANIERA FESYEN..member aku ni jual minyak wangi...sesapa nak membeli belah kat boutique online kami boleh la klik sini yerk...


kami jual ni...








come! grab it now...!

sesape yang berminat boleh add facebook kat atas tu yerk..then inform aku trough Pm on facebook...



Jika rezeki itu buat kami...maka permudahkanlah...Amin...



selamat malam... :)

Dapat Ang Pau :)

Salam...

Minggu ni sangat bz...semua nya gara2 partner aku kene training kat ipoh selama 2 minggu..sangat penat..tambah lagi bile mesin rosak..x pasal2 aku kene jadi bidan terjun membetulkan mesin tu.da la mesin puluh ribu..takut aku nak godek2 nye.tapi kalo x godek2 x siap la keje aku ni..dugaan....tapi xpe,aku x kesah...sebab keje ni la aku dapat duit..kalo x mane datang nye kan?hehe...abaikan...

sebenarnye nak bagitau ni je.......... :)

hari ni dapat berita gembira dari manager aku pantai premier ipoh...15hb hari tu bos aku j0in dinner meeting kat kl..pastu dalam meeting tu soh inform kat all staff yang kitorang ni sume akan dapat "Ang Pau" sempena chinese new year hari tu..dapat sorang rm188..bos aku cakap lagi, dalam meeting tu jugak umum kan yang pantai lab kit0rang dapat best winner untuk tahun 2011.kire sampai target sales untuk tahun tu la...dapat rm7000 dan bile dibahagi dengan 32 staff dapat la sorang rm218..

so total dapat la semua staff rm400 yg akan dibank in dalam akaun kami hujung bulan ni!! End of February..

kaya aku bulan ni..dah la basic dah naik...pastu bulan ni jugak 1st time dapat duit oncall..pastu dapat lak lagi duit ang pau ni...skang ni tengah b'kira2 nak beli ape dengan duit tu yerk? hihihihi....setan dah mula b'leluasa nampak gayanye... :D

Disini Jual Ikan Segar

Assalamualaikum...


Seorang peniaga memulakan harinya dengan menjual ikan. dia mula memasang papan tanda yang bertulis ” Disini Jual Ikan Segar”. Tidak lama kemudian datanglah seorang
pengunjung yang bertanyakan tentang tulisannya.

“Kenapa awak tulis "DISINI"? Bukankah semua orang sudah tahu kalau
awak berniaga DISINI, bukan DISANA?”

“Betul juga!” fikir si penjual ikan, lalu dipadamnya perkataan “DISINI” dan
tinggallah tulisan “JUAL IKAN SEGAR”.

Tidak lama kemudian datang pengunjung kedua yang juga bertanyakan tentang tulisan nya di papan jualan tersebut
“kenapa awak tulis perkataan "SEGAR"? Bukankah semua orang sudah tahu kalau yang
awak jual ni sememangnya ikan segar, bukan ikan busuk?

“Betul juga” fikir si penjual ikan, lalu dpadamnya perkataan “SEGAR” dan
tinggallah cuma “JUAL IKAN”.

Tak lama kemudian datanglah pengunjung ke tiga yang juga bertanyakan
tulisannya: “Mengapa awak tulis perkataan JUAL? Bukankah semua orang sudah tahu
kalau ikan ini untuk dijual, bukan untuk pameran?

Benar juga fikir si penjual ikan, lalu dipadamnya perkataan JUAL dan tinggallah
perkataan “IKAN”.

Selang beberapa waktu kemudian, datang pengunjung ke 4, yang juga
bertanyakan tentang tulisannya: “kenapa awak tulis perkataan IKAN? Bukankah semua orang
sudah tahu kalau yang ini Ikan bukan Daging?

“betul juga” fikir si penjual ikan, lalu diturunkannya papan pengumuman itu.

Untuk renungan:

Bila kita ingin memuaskan semua orang, kita tidak akan mendapat apa-apa. Be yourself!

Beza org Bijak dgn org Kurang Bijak

salam...


malas nak cakap banyak jom
kita tengok apa beza orang Bijak dan orang kurang bijak.

1-orang kurang bijak selalu memikirkan keuntungan jangka pendek, tapi orang yang bijak memikirkan keuntungan jangka panjang.

2-Biasanya orang kurang bijak selalu bergerak berlebihan di waktu yang tidak tepat, tapi orang yang bijak banyak menggerakan otaknya di waktu yang tepat

3-orang kurang bijak menghabiskan waktu yang banyak untuk belajar tapi yang diserap sedikit, tapi orang yang bijak menghabiskan waktu yang sikit tapi pelajaran yang di serap banyak.

4-orang kurang bijak berseronok dengan jangka waktu lama tapi tidak pernah puas , tapi orang yang bijak berseronok dengan jangka waktu yang singkat dan selalu puas

5-orang kurang bijak selalu tidur di waktu yang tidak tepat oleh sebab itu dia selalu mengantuk , tapi orang bijak tidur di waktu yang tepat sehingga dia dapat menumpukan perhatian pada pelajaran

6-orang kurang bijak selalu berpakaian berlebihan tanpa melihat penampilan , tapi orang bijak bepakaian tidak belebihan sehinggaia nampak tidak melampau dan sempurna.

sekian..

Kontroversi Tudung Hana Tajima

Salam...

tadi bw kat blog kawan2..tetibe terjumpa entry pasal kontroversi tudung hana tajima ni dr blog pemudailahi..so aku rase macam nak share kat kengkawan pasal tudung style hana tajima ni..jangan lak nak hentam aku ke pe ek sebab aku pun kadang2 pakai tudung camtu jugak...aww!..hehe..sharing is caring kan?

so..check it out...!


Setelah saya selidik dan tengok pandangan ustaz-ustaz di Malaysia mengenai isu ini kebanyakannya adalah tidak bersetuju dengan pendapat bahawa tudung “Hana Tajima” dikaitkan dengan tudung biarawati kristian. Dibawah ini saya kupas kembali apa yang dikatakan oleh ustaz-ustaz tersebut secara ringkas.

1. Ustaz Azhar Idrus

Sebenarnya tudung biarawati kristian asalnya adalah pakaian muslimah Islam iaitu pengikut nabi Isa AS. Nabi Isa dalam syariatNya perempuan kena pakai tudung. Setelah wafatnya baru diubah iaitu orang biasa tidak payah pakai tudung hanya yang berkhidmat untuk Tuhan itu wajib. Nabi melarang umat Islam menyerupai orang kafir. Apa yang tidak boleh ialah kita mencontohi pakaian biarawati itu supaya jadi seakan-akan dia juga. Kalau pakai tudung secara kebetulan seakan-akan macam dia maka itu tidak jatuh hukum haram. Jadi sebenarnya niat seseorang pemakai itu yang penting iaitu adakah dia memakai tudung untuk menutup aurat ataupun untuk ikut macam tudung biarawati itu.

Ringkasan :
(Niat seseorang itu apabila memakai tudung adalah penting dan mesti berhati-hati)

2. Ustaz Zulkifli Ahmad

Selagimana orang nak bertudung biarlah dia bertudung asalkan menutup aurat dengan sempurna tetapi orang hari ni tidak tahu hendak membezakan yang lebih prioriti. Ini bukan asyik komen tentang pemakaian tudung Yuna macam paderi kristian. Kenapa tidak tegur orang yang tidak bertudung??? Konsep ini hanya sesuai untuk zaman sekarang ini iaitu belum ada pemerintahan Islam yang sebenar di negara ini. Apabila Islam memerintah dengan baik baru buat satu undang-undang yang lebih afdhal dengannya. Dalam zaman sekarang apa yang menjadi keutamaan adalah tutup aurat terlebih dahulu . Itu yang lebih penting sebagaimana kebanyakan artis wanita hari ini yang telah mempunyai kesedaran untuk berubah menjadi lebih baik dengan memakai tudung.

Ringkasan :
(Selagi menutup aurat, selagi itulah dibenarkan bertudung kerana belum ada pemerintahan yang sebenar pada masa ini )

Ustaz zaharuddin pun ada kupas mengenainya dan anda boleh merujuk di link ini Ustaz Zaharuddin

Apa yang boleh disimpulkan ialah kebanyakan mereka tidak bersetuju kerana zaman sekarang adalah zaman yang amat mencabar dan pelaksanaan Islam masih belum menyeluruh sekalipun telah didiktiraf sebagai negara Islam.



p/s : biarlah org nak pakai tudung style camne pun janji masih lagi menutup aurat...jaga aurat anda sebagai seorang wanita muslim...untuk peringatan diri sendiri jugak..

Sumpahan Kum Kum

Salam...


hari ni cadang nak g tengok cite Sumpahan Kum Kum ni sebab member aku cakap cite ni best...orang bz la katekan,dah nak expired cite baru berkesempatan nak tengok...hik3..gasak la nak cakap ape pun..so tadi aku msg la member aku si puteri..konon nak ajak g tengok cite ni kat panggung..sementara nak tunggu si putri reply msg aku,aku pun buka web MalayMoviesFull..kat web ni kan femes dengan cite2 melayu termasuklah yang movie,cerekarama,drama n macam2 lagi la..yang pasti semua cite melayu..nak tngok jugak mane tau kot2 dah masuk ke cite Sumpahan Kum Kum ni..last2 tengok ade dah..baru masuk agaknye..s0 dengan sepantas kilat aku pun msg putri cancel kan plan nak g panggung tadi..hik3...dah jimat kos..x payah bayar rm9 nak tengok cite ni kat panggung dah..hehe...so sesape yang x tngok cite ni lagi meh kite same2 tengok kat sini....


P/s : klik kat PART yg u all nak tgk..then klik kt SKIP AD..then SELAMAT MENONTON.. :)

Inspirasi Tudung Nikah Cantik

Salam ..

Saja layan picca di bawah ni.

Fesyen tudung yang cun sekarang.


(Ref: http://syokkahwin.com/blog/2009/12/25/gambar-aida-gadis-melayu-kahwin)

Sukaaa sangat design ni.
Cop, kalau muka bulat sesuai tak ye? Aiyak.
Sesuai kot kan. Hihi.


(Ref: http://www.pesonapengantin.com.my/highlights/default.asp?f=427421458220110109#http://www.PesonaPengantin.com.my/imej/2011/0105/highlights/gayatudung/tudung1.jpg)

Haa stylo juga kan fesyen ni.
Recommended untuk si muka bujur sireh.
Sebab nanti nak kena letak aksesori berjurai-jurai atas dahi tu.


(Ref: http://www.pesonapengantin.com.my/highlights/default.asp?f=427421458220110109#http://www.PesonaPengantin.com.my/imej/2011/0105/highlights/gayatudung/tudung1.jpg)

Yang ni pun nampak sweet and nice sangat.
Simple, tapi veil dia canteeeek sangat la. =)


(Ref: http://www.pesonapengantin.com.my/highlights/default.asp?f=427421458220110109#http://www.PesonaPengantin.com.my/imej/2011/0105/highlights/gayatudung/tudung1.jpg)

Ni pun sama. Simple je, tak sarat. Love.


(Ref: http://www.facebook.com/Koleksi-Vispera-Vispera)

Ini juga cantik.
Tudung simple, tapi penuh dengan manik-manik atasnya.



Mukaku panjang.
Misi cari tudung yang sesuai dgn bentuk mukaku ini.
Hehe. Boleh ke?



Have a nice day lovelies!

Happy Besday Sayang.....

Salam...

hari ni 12/02/2012 (tarikh cantik tu) merupakan besday en tunang a.k.a mr.apit.. :p cian aku x dapat pun nak celebrate dengan die dah sebab die dah balik penang 3 hari yang lepas..s0b3..sedih gile! hadiah? x juga beli sebab no money..hehe..tunggu gaji bwu boleh beli sebab niat dihati nak beli something yang mahal sikit untuk die kali ni..ape die benda tu??? rahsiaaaa....hihhii...

Mohd Firdaus Md Daud..

dikesempatan ni aku nak wish kat beliau SELAMAT HARI JADI..yang ke tteettt! hehe...syg dah tua la..tapi xpe..still cute katenye..hehe...luv u so much..semoga hubungan kite kekal hingga ke akhir hayat..tahun ni last syg sambut as a 'Bujang'..insyaallah...semoga ape yang kite harapkan berjalan dengan lancar...

Tema Perkahwinan 2012

Salam...

Memandangkan aku ni bride to be..so dah 2,3 hari aku g survey butik pengantin dengan en.tunang mr.apit..banyak sangat warna yang buat aku tertarik..rase macam nak sume warna jerk.tapi x boleh sebab orang tua2 selalu cakap,orang tamak selalunye rugi...hik3..so sekarang ni nak list kan senarai warna yang dah buat hati aku jatuh cinta..

1) Tea Rose & Salmon


decoration combine from colour tea rose & salmon..ala2 pink gitu..

2) Purple + Turquoise



sangat teruja dengan warna pink + turquoise ni..tapi x boleh buat purple dah sebab tunang hari tu dah pilih warna ni...s0b3... :'(

3) Hijau Petronas



ok,secara jujurnye..aku n en.tunang tersayang bercadang nak warna ni untuk tema majlis perkahwinan kami.cantik x?? pertama kali dalam sejarah beliau suke dengan warna yang aku pilih ni..warna lain yang aku suggest kat beliau semuanya di reject! hampeh sungguh...

4) Royal Blue



suke jugak dengan warna ni..nampak naik je kan? tapi tu la..jiran depan rumah baru je buat warna ni..jadi cam x best lak buat sama walaupun majlis die baru je selesai..em..tapi tengok lah dulu camne..mane tau kot berubah fikiran ke kan?hihihi...

kepada bakal2 pengantin yang macam aku ni,klo nak pilih warna untuk thema perkahwinan elok lah di pilih berdasarkan warna kulit anda n pasangan..baru naik seri nanti.xde lah muka kita jadi tenggelam disebabkan warna pilihan x kene dengan kulit kite.aku ngan mr.apit ni ntah la...die putih,aku x berapa nak putih..die senang la nak match ngan mane2 warna..seronok tol..tapi biarkan..make-up boleh merubah segalanya..hahahaha....

s0,setakat ni je la yang nak aku kongsikan berkenaan theme perkahwinan 2012 berdasarkan hasil penelitian aku ngan mr.apit..semua warna cantik2...boleh buat aku gile sampai nak naik pelamin banyak2 kali rasenye. hehe...

Tarikh Majlis Di Tunda

Salam...

ok,ni sambungan entry lepas...Sedia maklum,tarikh yang family aku ngn mr.apit buat untuk majlis bersejarah kami adalah 24hb Ogos untuk akad nikah n 25hb Ogos untuk majlis resepsi.sekarang ni tarikh tu perlu di tukar atas permintaan dari family mr.apit..kakak die cakap,ramai yang x boleh balik tarikh tu sebab cuti raya diorang sampai raya ke-3 jerk.sedangkan majlis kami ni raya ke-6 maybe.

so sekarang ni aku ngan mr.apit yang dah mula gelabah sebab majlis ni mungkin akan dipercepatkan atau dilambatkan.semua nye menunggu keputusan dari ipd mr.apit ni.selagi ipd die x approve tarikh kahwin selagi tu la kami x boleh teruskan majlis..sangat menakutkan..em,dalam target kami sekarang ni kalau majlis dipercepatkan mungkin awal bulan 6..kalau dilambatkan mungkin masa raya haji.bulan 9 ke 10 entah..not sure yet sebab x tengok kalendar lagi.

bile di pikirkan tentang majlis ni dipercepatkan,aku dah mula cuak.ye la,sume persiapan baru samar2 je..duit hantaran dapat semua dah.tapi preparation langsung xde lagi.sebab x terpikir langsung boleh kahwin secepat ni..auu...takutnye!! hehe...mane nak survey butik pengantin nye,catering, hantaran,khemah,hiasan meja makan n macam2 lagi la...pening aku dibuatnye..

makanya,

BERMULA DARI SEKARANG...AKU, AMIRA RASNI & MOHD FIRDAUS MD DAUD PERLU M'BUAT PERANCANGAN DARI SEKARANG!!!!! NO MORE TANGGUH2 LAGI....

Seharian Bersama Mu

Salam...

hari ni rasa seronok sangat sangat..sebab seharian kuar bersama tunang tersayang...hari ni jugak sampai 2 majlis pertunangan kami g.kawan mr.apit yang bertunang..sorang kat teluk intan, sorang lagi dekat batu 14,lekir.di sebabkan kami ni bawu pakai camera canggih, maka kami di arahkan oleh mereka2 untuk menangkap gambar..hik3..ok tutup cerita..sambung pasal ngedate kami balik..hehe..hari tu aku ade cakap nak upload gambar via nikon j1 yang baru beli tu kan? so hari ni aku upload gambar yang aku rase cantik n aku suke gile..walaupun angle sangat x cantik sebab adik aku yang tangkap,tapi aku suke jugak sebab gambar tu hanya ade aku n mr.apit tersayang...hik3...check it out!

ni gambar kat pasir salak..singgah sekejap sebab adik aku beria nak g..gedik gile! padahal tiap2 kali balik kampung lalu sini..dan gambar ni jugak ayah aku yang soh adik aku tangkap kan. kami malu sebenarnye tau! auuw!! geli dengarnye..kih3...

pastu dah puas kami kat sini, aku ngan mr.apit tr0s gerak g teluk intan tu.family aku yang lain g kenduri kat kg gajah.aku ngan mr.apit g majlis pertunangan kawan mr apit, quduz...ni gambar tunang quduz yang aku ngn mr.apit dapat tangkap.

nana..tunangan si quduz..

Selamat bertunang kalian.. :) semoga kekal ke jinjang pelamin..

then,da abis majlis kat sini...kitorang tr0s gerak balik..tapi x balik manjung pun lagi..singgah kampung aku jap..1st time bawak mr.apit balik kampung.jumpe opah..sonok katenye dapat balik kampung..lebih kurang dekat kol 3 kami pun gerak balik..nak g majlis pertunangan yg ke 2 plak...umah 0-oi..aku pun xtau nak eja camne name die..shahrul name sebenar nye..tapi panggil 0-oi..time ni aku dah x pegang camera sgt sbb tunang si 0-oi ni aku x kenal langsung.nak masuk dlm tlg tgkp gmbr pun segan. mr.apit yang tolong tangkap kan..ni gambar nye..

ni tunang 0-oi...gmbr 0-oi xde sbb die muncul kan diri time kami nak balik dah..ikut adat katenye..tu yg x kuar2 dari kete...hehe..

da abis majlis, mr.apit ajak singgah umah die..aku punye la segan n ikutkan xnak g sebab adik beradik die ramai yang balik..malu la aku nanti pempuan datang umah laki..tapi dipaksa n terpaksa..s0,pegi la jugak.n alhamdulillah..layanan dari mereka sangatlah terbaikk!!.. semua ramah2 belaka..suke sangat.. :)

ok,sambungan tentang perbincangan kat umah mr.apit ni aku sambung entry seterusnye yerk..hehehe...nite..

Stay Back at Ipoh lagi..

Salam..

hari ni last aku kursus kat hospital pantai ipoh untuk minggu ni.hari yg ke-3..s0 pas keje,aku tr0s gerak balik ke manjung..x sabar nak balik sebab nak jumpe mr.apit tersayang...cian die..die cuti semata2 nak jumpe aku,tapi aku lak kene kursus kat ipoh.seminggu lak tu.siot jerk!

s0 tadi aku balik ikut arah ke batu gajah...jalan nak balik teramat lah jammed sebab orang berpusu2 baru balik keje.tu belum kire yg nak balik kampung lagi.al-maklum ar,cuti 4 ari la katekan..lame tuh! termasuklah aku yg dapat cuti 4 ari jugak.hihihi...

disebabkan jammed yg teruk,maka aku pun singgah la jap kat umah mak cik aku kat tmn pengkalan.area ipoh ni jugak la..konon nak berehat bagai sebab penat sangat rasenye..dah la badan penat,jalan pulak jammed teruk..tension je aku di buatnye..sampai umah mak cik aku,aku mandi pe sume..budget lepas maghrib nak sambung perjalanan..

pastu aku pun tepon bapak aku tanye cuaca kat sane camne sebab time tu kat sini dah mendung. then, bapak aku cakap skang ngah ujan lebat kat manjung..s0 lastly,aku buat keputusan malas nak balik manjung malam ni. takut x nampak jalan lak kan.dah la drive sorang2..bahaya...dipendekkan cerita..

"malam ni aku x dapat jumpe mr.apit tersayang... uuwwwaaaaaaaa!!!! windu die............ :( "

Blog Ku Berubah Wajah

Salam...

cantik x wajah baru blog aku ni?? hihihi...happy sangat hari ni sebab blog ku dah berubah wajah..korang jangan ingat salah masuk blog tau..:p walaupun hakikatnye aku jarang update,tapi di sebabkan dah bosan dengan design blog yang lama,so ku pun search la someone yang boleh tolong create new template.

Alhamdulillah, akhirnya siap juga design blog baru sempena tahun baru, 2012..Memang niat nak guna design baru untuk tahun 2012 pun. Warna blog memang sangat cantik dan cute sekali sebab inilah citarasa aku sebenarnya. Rasa sangat berbaloi dengan apa yang aku dah laburkan untuk mendapatkan blog yang cantik dan cute ini.

terima kasih adik anys yg dah pun mencorakkan wajah baru blog aku ni..sesape yang nak order ngn die boleh wat tempahan kt anys ni yerk.design mmg superb..cantik sangat..berbaloi2...


ni plak banner untuk blog aku..seryes cantik sgt!! ala-ala bride to be gitu..hehe..

oke,jangan tertipu dgn gambar di atas yerk...tu gambar time aku bertunang ritu..bukan gambar kawin oke sebab aku x kawin lagi..hehe...over lebih je gambar tu..

last but not least,selamat tinggal blog lama...setelah sekian lama aku pakai akhirnye bertukar jugak. design lama polkadot wane pink..design baru warna purple..i like it!


 
All Right Reserved by Amira Blog Design by ANIS NADHILAH