Followers

Kontroversi Tudung Hana Tajima

Salam...

tadi bw kat blog kawan2..tetibe terjumpa entry pasal kontroversi tudung hana tajima ni dr blog pemudailahi..so aku rase macam nak share kat kengkawan pasal tudung style hana tajima ni..jangan lak nak hentam aku ke pe ek sebab aku pun kadang2 pakai tudung camtu jugak...aww!..hehe..sharing is caring kan?

so..check it out...!


Setelah saya selidik dan tengok pandangan ustaz-ustaz di Malaysia mengenai isu ini kebanyakannya adalah tidak bersetuju dengan pendapat bahawa tudung “Hana Tajima” dikaitkan dengan tudung biarawati kristian. Dibawah ini saya kupas kembali apa yang dikatakan oleh ustaz-ustaz tersebut secara ringkas.

1. Ustaz Azhar Idrus

Sebenarnya tudung biarawati kristian asalnya adalah pakaian muslimah Islam iaitu pengikut nabi Isa AS. Nabi Isa dalam syariatNya perempuan kena pakai tudung. Setelah wafatnya baru diubah iaitu orang biasa tidak payah pakai tudung hanya yang berkhidmat untuk Tuhan itu wajib. Nabi melarang umat Islam menyerupai orang kafir. Apa yang tidak boleh ialah kita mencontohi pakaian biarawati itu supaya jadi seakan-akan dia juga. Kalau pakai tudung secara kebetulan seakan-akan macam dia maka itu tidak jatuh hukum haram. Jadi sebenarnya niat seseorang pemakai itu yang penting iaitu adakah dia memakai tudung untuk menutup aurat ataupun untuk ikut macam tudung biarawati itu.

Ringkasan :
(Niat seseorang itu apabila memakai tudung adalah penting dan mesti berhati-hati)

2. Ustaz Zulkifli Ahmad

Selagimana orang nak bertudung biarlah dia bertudung asalkan menutup aurat dengan sempurna tetapi orang hari ni tidak tahu hendak membezakan yang lebih prioriti. Ini bukan asyik komen tentang pemakaian tudung Yuna macam paderi kristian. Kenapa tidak tegur orang yang tidak bertudung??? Konsep ini hanya sesuai untuk zaman sekarang ini iaitu belum ada pemerintahan Islam yang sebenar di negara ini. Apabila Islam memerintah dengan baik baru buat satu undang-undang yang lebih afdhal dengannya. Dalam zaman sekarang apa yang menjadi keutamaan adalah tutup aurat terlebih dahulu . Itu yang lebih penting sebagaimana kebanyakan artis wanita hari ini yang telah mempunyai kesedaran untuk berubah menjadi lebih baik dengan memakai tudung.

Ringkasan :
(Selagi menutup aurat, selagi itulah dibenarkan bertudung kerana belum ada pemerintahan yang sebenar pada masa ini )

Ustaz zaharuddin pun ada kupas mengenainya dan anda boleh merujuk di link ini Ustaz Zaharuddin

Apa yang boleh disimpulkan ialah kebanyakan mereka tidak bersetuju kerana zaman sekarang adalah zaman yang amat mencabar dan pelaksanaan Islam masih belum menyeluruh sekalipun telah didiktiraf sebagai negara Islam.



p/s : biarlah org nak pakai tudung style camne pun janji masih lagi menutup aurat...jaga aurat anda sebagai seorang wanita muslim...untuk peringatan diri sendiri jugak..

4 comments:

 
All Right Reserved by Amira Blog Design by ANIS NADHILAH