Followers

Ensiklopedia Solat sebagai Hantaran

Salam...

hari ni nak berkongsi sebuah buku..buku yang bagi aku sangat2 la berguna untuk kite semua.nama buku ni ENSIKLOPEDIA SOLAT..harga die rm100..buku ni berat n tebal tau..aku beli buku ni khas aku bagi dekat mr apit sebagai hantaran..

ok ni penerangan tentang buku ni yang aku dapat dr blog INI WILAYAH HIJAU.. credit to blog ni sebab terangkan tentang buku ni..disebabkan die jugak la aku nak beli walaupun merata kedai buku aku cari x jumpa..lastly jumpe jugak dekat 1 kedai buku area manjung ni..

IMG_2797memang besar dan tebal buku ni

IMG_2795hmmm

Ilustrasi bergambar, langkah demi langkah yang mana sangat sangat membantu. Yer memang kita dah pandai solat, tapi tahu kah kita SOLAT JENAZAH? SOLAT ISTISQA’? SOLAT KHAUF? alhamdulillah kalau ada yang tahu. Sebagai contoh SOLAT JENAZAH. Korang pasti ada menonton video UStaz Don mengenai ANAK kan, ingat tak apa yang diberitahu oleh beliau?

Alangkah bagusnya anak sendiri yang memandikan jenazah ibu bapa nya, yang mengafankan jenazah ibu bapa nya, juga yang sembahyang kan jenazah ibu bapanya. habis nak suruh anak kita buat semua tu untuk kita nanti, kita kena lah didik anak kita, ajar anak kita, bagi ilmu untuk anak kita kan.

IMG_2811


IMG_2815cara memandikan jenazah

IMG_2817cara mengkafankan jenazah

IMG_2819


IMG_2821SOLAT JENAZAH

Itu antara kandungan yang ada di dalam buku ni. ilustrasi dan langkah demi langkah. dan ada beberapa kandungan lagi dalam buku ni.

IMG_2823


IMG_2825

so camne? berminat tak dengan buku ni? sangat2 berbaloi weh kalau beli..berguna sangat..boleh pakai sampai 7 keturunan..hihihi...

Glass Jar for Doorgift

Salam..

hari ni dok search google je tau..search Doorgift for wedding...macam2 yang keluar tapi aku sangat tertarik dengan glass jar ni..contoh die macam kat bawah ni...


cantik kan?

boleh letak macam2 dalam tu..contoh macam kek, marshmallow, kerepek, kacang, gula2 n macam2 lagi la..so aku pun search la mane nak dapatkan glass jar..but hampa sebab semuanya mahal sangat dari budget.kebanyakan nye rm3..aku xnak la mahal sampai macam tu.kalau takat rm1.50 - rm2.50 mampu la sebab nak ordernye bukan sikit2..mau sampai 1200 pcs..alahai...sabar je la..

then aku usaha lagi dok google mane nak dapatkan glass jar..akhirnye jumpe satu blog ni..die jual glass jar + sticker + reben rm1.90 per pcs..murah dah tu..so aku pun hantar email kat empunya blog tu nak price yang lebih details.so die pun bagi quotation harga..harga untuk glass jar sahaja die boleh bagi rm1/pcs..so murah da la tu kan? dalam aku boleh letak biskut..beli je banyak2 yang jual dalam tin tu.then nanti agih2 kan la masuk dalam glass jar..so nice...

sepanjang aku email dengan die..aku sangat la puas hati sebab die reply cepat. ape yang aku tanya semua die jawab. aku mintak die tolong snap picture glass jar atas tapak tangan die pun die buat jugak tau..aku bukan pe..juz nak bayangkan je besar die macam mane.nak beli dalam kuantiti yang banyak mesti la kene puas hati kan?hehe..bukan cerewet oke! so ni die gambar yang dah di snap oleh pemilik blog tu.
besar jugak kan? puas hati la kalau nak jadikan doorgift.

ni plak design glass jar rm1.90 tu.cantik jugak..

so sekarang ni agak2 ok x kalau aku beli glass jar ni dengan harga rm1/pcs..pastu nanti aku letak la reben kat tepi. aku ade jugak cadangan nak order sticker dari satu fb yang aku penah jumpe.rm100 untuk 1000 pcs sticker..sticker tu juz tempek kat atas penutup or kat tepi glass jar tu..untuk ucapan terima kasih dekat tetamu yang datang masa majlis tu..


semoga apa yang diimpikan tercapai tanpa ada halangan...amin... :)

The Wedding Date

Salam...


kali ni bukan nak post movie ke ape..
juz nak share ketidakpuashatian aku dengan majlis perkahwinan aku tu.
geram la...
susah sangat nak tentukan tarikh..
banyak sangat kata putus dua belah pihak..
dengan masalah ipd mr.apit yang still approve lagi kelulusan tu.
ape la yang susah sangat kan?
bukan nye kami ni nak kawin lari pun..
haiissshhh sabar je la..

bile masalah camni datang,aku mula ar dah tak semangat nak buat preparation.
ikutkan kalau confirm majlis bulan 6, aku kene mula buat semuanya dari sekarang tau.
tapi dah xde kata putus lagi nak buat ape pun x berani.
yang aku berani juz amek pakej andaman je.
sebab baju nikah n sanding tempah baru..
die amek masa lama sikit nak siap..
tu yang aku berani nak booking kat butik tu.

belum kahwin dah tension!



Rak Kasut Baru

Salam..

semalam dok belek2 buku LENO kakak aku..then tetibe terpandang gambar rak kasut dalam buku tu...s0 petang tu jugak aku g beli dengan akak aku..dah lama sebenarnye berhajat nak beli rak kasut sebab kasut dah banyak sangat.mr apit pun dah bising dengan aku..hehehe...kalau letak dalam kotak nanti tentu tak pakai.kalau letak kat rak baru senang nak pilih kasut mane yang match dengan baju..so meh kite tengok gambar2 yang aku share kat bawah ni..

ni kotak rak kasut n besi2 untuk pasang rak kasut tu..

operasi bermula..hihihi...

tadddaaaaa....dah siap.. :)

inilah hasilnye..x abis susun lagi ni.. :p

sesape nak beli boleh beli kat leno ek..murah jerkk..rm21.90 x silap harga die..murah kan? murah kan?

Spesifikasi calon suami yg bolehlah dibuat suami

Salam..



1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA.

4. Lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yg lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat "Alif Ba' Ta'" sampai Surah "Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq."

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak gi Mydin tapi pegi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget2 pun depan bini dan anak2 je. Depan org lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sgt. Cemburu macam ni ok, "Ehemm..ramainya kawan perempuan kat opis..jgn sampai lupa syg taw.."

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalo dia jenis diam tadelah sampai org kata tak bergaul ngn manusia lain. kalo dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata2 org lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang2nya Maghrib dan Isyak.

13. Tak berapa gemar dengar kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sgt awek cuns, duk tengok bini dia je wlpn bini dia tak cuns.

17. Pandai masak sekurang2nya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll.
Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD or tempat2 makan yg pelik2 nama dia menu yg mahal2 sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.

18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan2 isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur utk raikan tetamu.

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda2 dia tade la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari2 nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak2 tentang kematian. "Syg, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam..ingatlah detik kematian tu makin hampir."

sekian....terima kasih..

Pendrive design sendiri

Salam...

hari ni nak share something yang menarik yang buat korang semua mesti tergoda nak juga pendrive macam aku tempah ni..hehe..hari tu dok jalan2 kat blogger kawan2 pastu jumpe la 1 blog yang review tentang pendrive design sendiri..means,kite boleh letak gambar sendiri kat atas kad pendrive tu..contoh die camni..


pendrive die macam kad kredit jerk..senang nak bawak g mane2..design camne pun die boleh buat janji bagi gambar.tengok contoh yang ni plak..

Domo


smart kan? pendrive ni kite boleh jugak buat hadiah besday untuk kawan2..x payah susah2 nak pikir bagi hadiah ape..ok,skang nak share kapasiti pendrive beserta harga die plak.

Design ConceptUp to customer
Capacity2GB
PriceRM 32.00
Capacity4GB
PriceRM 40.00
Capacity8GB
PriceRM 55.00
Capacity16GB
PriceRM 70.00
aku tempah pendrive yang capacity die 16gb...amek kau! bapak besar aku amek kan?haha..biarkan..ade benda aku nak gunakan dengan pendrive tu.harga RM70 + rm2.50 postage..pendrive aku dalam tempahan skang...dalam masa 2-3 minggu baru aku boleh dapat..design aku nak plak camni..

ni dari pandangan depan

ni dari pandangan belakang..

so camne korang? berminat x? aku skang ni menunggu pendrive ni sampai umah jerk..x sabar rasenye..sesiapa yang bercadang nak tempah boleh la g kat link ni yerk KEDAI PENDRIVE UNIK..Owner die pun cepat je reply klo kite ade apa2 pertanyaan berkenaan tempahan kite ni..sangat puas hati la bekerjasama dengan dorang..siap bagi resit lagi tau walaupun beli by online..


Demam...

Salam...

hari ni masuk hari ke3 demam..tak suke betol sebab demam ni bercampur dengan batuk n selsema..aku paling lemah sekali selsema...jap2 sokseksoksek...malu dengar dek orang je..tapi nasib la keje aku ni bukan berdepan dengan customer..kalau x orang pun takut nak dekat dengan aku..hehee..takut berjangkit..

aku nak share sikit berkenaan demam ni berdasarkan hasil pencarian ak dengan en.google...check it out!


DEMAM

Demam terjadi kerana kenaikan takat suhu tetap di dalam badan yang ditunjukkan dengan kenaikan suhu badan melebihi daripada suhu biasa. Ianya ditentukan melalui pengukuran suhu badan pada tapak ukuran yang disyorkan. Pengesahan kenaikan suhu badan ini boleh ditentukan dengan mengunakan jangkasuhu. Ketika demam, suhu yang diukur pada bahagian mulut akan menunjukkan bacaan melebihi 37.8ºC (100ºF) dan suhu dubur pula melebihi 38.3ºC (101ºF) atau 37ºC (98.6ºF) apabila disukat di celah ketiak.


Demam boleh terjadi tanpa sebarang sebab, seperti selepas bersenam atau pun terjadi akibat perubahan fisiologi badan seperti di dalam kes jangkitan kuman. Kuman yang menjangkiti badan dikenali sebagai pirogen. Istilah ini sebenarnya yang berasal dari perkataan Greek (pyro=api;gen=penyebab) bermaksud sebarang bahan yang menyebabkan kenaikan suhu apabila memasuki badan.

Bahan-bahan lain yang diketahui boleh menyebabkan kenaikan suhu termasuklah ubat-ubatan, penyakit seperti kanser dan serangan penyakit jantung, dadah dan racun. Perlu diterangkan juga bahawa kenaikan suhu badan boleh juga terjadi di dalam keadaan kejutan panas akibat suhu persekitaran yang tinggi. Di dalam keadaan kejutan panas, aktiviti kehilangan haba dari badan akan berlaku melalui perpeluhan dan pengembangan salur darah menjadi perlahan.

Semasa kejutan ini terjadi, kehilangan peluh yang banyak sebenarnya akan memburukkan lagi keadaan kerana mangsa kejutan akan mengalami kekurangan bendalir dalam badan atau dehidrasi. Suhu badan semasa kejutan terjadi boleh melebihi 24ºCelcius, pada takat suhu ini kulit mangsa akan menjadi kering, koma dan mungkin kematian. Sekiranya rawatan tidak diberikan secara agresif dan pantas, kemungkinan pesakit maut adalah tinggi sehingga boleh mencapai 80 peratus daripada semua kes kejadian kejutan panas.

Bagaimana Demam Terjadi?

Haba badan manusia terhasil akibat daripada proses penjanaan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti badan seperti pergerakan otot. Semasa sihat, penjana utama datang dari hati manakala ketika bersenam pula otot menjadi pengeluar haba utama. Proses penjanaan haba ini dipengaruhi oleh hormon badan dan otak. Di dalam keadaan normal, suhu badan ditentukan oleh proses penjanaan dan juga proses kehilangan haba.

Bagi membolehkan kehilangan haba badan yang cepat, proses yang biasanya di lakukan oleh badan sendiri ialah berpeluh di samping pengembangan saluran darah pada kulit agar haba badan yang disalurkan dapat di hilangkan melalui kulit.

Suhu badan biasanya ditetapkan pada julat suhu yang tertentu iaitu 36.5º hingga 37.5ºC melalui pusat kawalan suhu yang terletak pada otak. Bagi memboleh kan badan menetapkan suhu badan dengan persekitaran saraf sensitif suhu yang terdapat pada kulit akan menghantar maklumat ke otak secara berterusan.

Jika suhu persekitaran jatuh, maka maklumat yang disampaikan ke otak akan menyebab kan gerak balas badan, termasuklah perubahan tingkahlaku bagi mengimbangi kejatuhan tersebut. Dalam hal ini, gerak balas yang boleh diperhatikan adalah seperti bulu roma menegak atau menggeselkan tangan bagi meningkatkan suhu kulit.

Di dalam keadaan tidak normal, perubaan di dalam mekanisma pengawalaturan suhu badan ditunjukkan melalui dua keadaan iaitu demam dan kepanasan.

Demam dapat dikesan melalui kenaikan takat suhu tetap badan. Kepanasan pula ditunjukkan dengan pusat kawalatur pada otak yang tidak berubah walaupun kadar kehilangan haba dari badan semakin rendah yang mengakibatkan kenaikan suhu badan. Oleh itu, peningkatan suhu badan boleh disebabkan oleh tiga proses iaitu kenaikan suhu yang ditetapkan pada pusat kawalan yang terdapat di otak, peningkatan di dalam penjanaan haba pada otak dan pengurangan di dalam kehilangan haba badan.

Rawatan Demam

Sekiranya demam telah dipastikan, maka langkah rawatan sendiri boleh dilakukan oleh pesakit. Mungkin demam yang anda alami boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat-ubat tertentu sahaja. Sebaliknya jika penggunaan berulang ubat itu untuk beberapa hari tidak juga menyembuhkan demam, maka pesakit disarankan berjumpa doktor bagi mengenalpasti punca demam agar langkah selanjutnya dapat diambil.

Sekiranya perhatian tidak diberikan kepada pesakit terutama pesakit kanak-kanak di antara usia enam bulan hingga enam tahun, masalah demam boleh menyebabkan berlakunya sawan demam. Sawan jenis ini boleh terjadi hanya semasa demam dan ia tiada kaitan langsung dengan kecacatan otak. Ia boleh berpanjangan selama 10 hingga 15 minit.


sekian sahaja pembelajaran kite utk hari ni ye..terima kasih kerana membaca walaupun aku tau ramai yang x baca..hik3....


Shopping Barang Hantaran

Salam..

weekend yang lepas aku x oncall..aku cuti..s0 tu je lah masa nak g penang sebab mr apit pun xde cuti dah nak balik manjung ni....niat g sane sebenarnye sebab nak shopping barang hantaran dengan tunang tersayang...rase macam puas gile dapat beli semuanya..kami x shopping banyak2 tempat pun..juz habiskan masa dekat queensbay Mall n chowrasta...banyak jugak la duit kami habis..aku berhabis dekat rm700..mr apit lak berhabis dekat rm1000..semuanya untuk beli barang hantaran kami..kami punya cara,aku beli untuk mr.apit..n mr.apit lak beli untuk aku..kat sini nak list kan barang2 hantaran yang kami dah beli..

From Mr.apit to Aku

  • handbag seed
  • kasut vincci
  • telekung + sejadah
  • al-quran + rehal
  • Nikon J1
From aku to Mr apit
  • Kasut Lee
  • Wallet + belt (jenama x ingt)
  • kemeja padini
  • minyak wangi
  • buku agama
  • buah buahan
  • kek

ok lengkap dah semuanya..puas sangat sebab satu benda dah siap..tinggal nak booking lain2 jerk..barang yang dah beli x sempat nak snap..klo x boleh share dalam ni..pape pun aku rase sonok sangat g penang kali ni..sekarang ni nak share picture2 sepanjang kat sane plak..hihihi...gambar semuanya di snap menggunakan NIKON J1 yang mr.apit belikan untuk aku..








selesai sudah shopping di penang..ada masa nanti g sane lagi yerk..hehe...nite...
 
All Right Reserved by Amira Blog Design by ANIS NADHILAH