Followers

14 weeks pregnancy

Salam..

Semalam appoinment dengan klinik kesihatan  & dekat private hospital untuk bulan 12..alhamdulillah sepanjang 3 bulan mengandung aku xde apa-apa alahan ngan mengidam nak yang bukan2.just makan biasa2 je yang aku teringin.untung sangat rasenye. maybe baby tau kot yang ayah die jauh disisi mummy die ni.x boleh nak manje lebih sangat.hihihi...gedik je kan.semalam scan dekat private sebab doktor dekat klinik kesihatan nak confirmkan due date.scan kat klinik kesihatan lambat so aku prefer scan sendiri je dekat tempat keje aku ni.result scan bawak dekat kk..senang keje.x payah tunggu lama2 dah.ni hasil scan semalam.



see..baby dah cukup sifat kan..tau je orang nak scan die.jap2 pandang kat mummy die ni.hehehe...comel je tgk baby ni.semalam tengah scan die gerak sane gerak sini.aktif betul.doktor cakap baby dah mula tendang tapi aku x rase lagi.maybe sebab kecik sgt lagi kot.perut aku pun dah mula nampak dah.pakai suar pun dah mula ketat.x sabar nak tengok baby lagi.tapi bulan depan la plak kene tengok..

hari ni asben balik.seminggu dah x jumpe die.kami apply cuti 21 sampai 26 dis..hehe..lama kan? kami nak honeymoon! asyik bz keje je.mane boleh kan.nak honeymoon jugak..

bye... :)

Fesyen Tudung Pengantin Terkini

Salam..

Nak tau x? setiap kali aku buka nuffnang aku kan.traffic paling tinggi yang aku tengok orang search blog aku ni adalah berkenaan isu tudung pengantin terkini.jap aku share hit story dalam blog aku ni ek.


ok continue back.tengok da kan yang hit story semua ade kene mengena dengan tudung. dalam 10 keywords tu 7 berkenaan tudung. kire memang majoriti semua wanita - wanita ni ada masalah dalam pemilihan gaya tudung. termasuk la aku masa nak kawin dulu.isu tudung juga yang jadi masalah untuk aku. dan sekarang ni aku nak share sikit tips untuk wanita - wanita diluar sana cara macam mana yang sesuai untuk anda gayakan tudung bagi nampak lagi cantik & vogue masa majlis bersejarah korang tu mengikut bentuk muka...aku share dari web www.jomcantik.com je ni.. :)

Bentuk Muka Oval

Biasanya boleh dikatakan bentuk idaman. Oleh itu,dalam menggunakan tudung, bentuk muka yang lain memerlukan sentuhan khusus supaya dapat mendekati bentuk muka oval. Sementara itu,bagi anda yang mempunyai bentuk muka oval pula, anda bebas memilih gaya bertudung, bahkan dapat mengelakkan daripada menggunakan hairband. Jadi jika anda penggemar selendang, anda bebas untuk menggunakan apa juga jenis selendang dan boleh memilih untuk menggunakan anak tudung atau pun tidak.

Bentuk Muka Petak/Kotak  

Ciri bentuk muka petak adalah lebih lebar di antara pelipis dan antara pangkal rahang lebih kurang sama, tulang rahang yang dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Dalam mengenakan tudung,bahagian tulang rahang dapat disembunyikan disebalik tudung dan gunakan hairband supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Mereka yang mempunyai bentuk muka ini, perlulah bijak menggayakan selendang. Stail Selendang Bienda atau ikatan di belakang tengkuk perlu dielakkan kerana gaya selendang ini tidak dapat menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilihlah gaya selendang yang menjurus kepada gaya lilitan.

Bentuk Muka Panjang

Seperti bentuk muka segi tiga,mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagunya yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi,disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening . Penggunaan anak tudung syiria bersama selendang adalah disarankan buat mereka yang memiliki bentuk muka panjang kerana ia dapat membantu kamu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka oval, semua jenis selendang sesuai digayakan.

Bentuk Segitiga  

Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga,ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu ditengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka.Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti hairnet. Bagi membolehkan bahagian kening terangkat gunakan headband sebelum menggunakan anak tudung tersebut. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukanlah satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka oval. Bagaimanapun, cara pemakaian selendang haruslah diperhatikan agar jarak pelipis yang lebih lebar berbanding jarak pangkal rahang tidak kelihatan nyata. Gaya selendang harus menjurus kepada gaya pintalan atau gaya sanggul lebih sesuai kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.

Bentuk Muka Bulat  

Bentuk muka bulat dicirikan dengan jarak dahi ke dagu sama dengan jarak kedua-dua pelipis serta tulang rahang yang bertimbung di pipi. Mereka yang mempunyai bentuk muka ini disarankan menggunakan hairband terlebih dahulu sebelum menggunakan anak tudung. Pilihlah anak tudung yang diperbuat dari bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Hairband yang digunakan akan membayangkan keluar dan menampakkan bentuk muka yang memanjang. Bagi pemilihan selendang,disarankan memilih selendang yang mempunyai fabrik yang nipis agar ukuran kepala tidak kelihatan bertambah apabila digayakan. Selandang pashmina nipis atau pashmina mini sangat sesuai digayakan mereka yang mempunyai bentuk muka bulat. Bagaimanapun , disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.

ok cukup..sekarang nak share fesyen tudung terkini yang tengah famous amous dan tengah menjadi kegilaan ramai.



simple n comey je kan? 

ni khas untuk bentuk muka panjang..

[tudung3%255B5%255D.jpg]
aida gadis melayu.jenis yang suka awning boleh la pakai camni.lawa jugak..

last but not least..hihihi...

 aku pilih style camni je masa wedding aku..

 biru n putih theme belah aku..turban style yang aku pilih.

belah lelaki mak andam aku pilih style bunga rose kat tepi.lawa jugak.tapi banyak sangat pakai jarum peniti.takut aku tercucuk sane sini..juz nice la..

ok aku harap pasni korang boleh la pilih tudung yang sesuai dengan bentuk muka korang tu ek.yang pasti selesa bila dipakai.jangan nak lawa je tapi x selesa.nanti korang jugak yang menyesal x sudah.sekian.

I'm Mummy To Be

Salam...

Just nak kongsi kegembiraan dengan semua kawan2 blogger.. sekarang ni aku pregnant 14 minggu...hehe...suke sangat..yang paling bestnye,aku dapat tau pregnant masa hari jadi aku bulan 10 yang lepas.17 oktober...alhamdulillah aku x kene sebarang alahan.muntah2 semua takde.sebulan yang pertama juz rase mual2 je tiap2 pagi.tapi x muntah pun.makan pun berselera je.yang x tahan tu.berat badan dah bertambah 5kg..yeyeah...dari dulu memang aku idamkan berat badan naik tau.selalu naik sekilo turun balik sekilo.jenuh la nak naik kan balik..bile mengandung ni hamek kau! 5kg terus naik..cam x caye je.bulan lepas aku g scan kat private hospital tempat keje aku.free je tau..special case sebab i'm staff here.. :)

nampak dah bentuk janin...scan masa kandungan 8 minggu..


tak sabar nak tunggu 20 hb..scan untuk bulan 12 plak.nak confirmkan balik tarikh due date.

# semoga baby sihat walafiat dalam perut mummy ni ye...mummy n ayah luv u!! 

Kelebihan Nikah

Salam...



nak share sikit kelebihan nikah ni...khas untuk semua...


♥ Saat akad nikah ~ dapat PAHALA!

♥ Suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Cium isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Renung isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri
~ dapat PAHALA!

♥ Suami bernafsu tengok isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami pegang isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami marah isteri (untuk menegur) ~ dapat
PAHALA!
♥ Suami imamkan isteri ~ BERLIPAT KALI DARAB
TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!(nk gtau
bnyaknya pahala ^,^)
♥ Suami ajar isteri fardhu ain ~ dapat PAHALA!
♥ Suami setubuh isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Main kenyit2 mata dengan isteri ~ dapat PAHALA!


makanya...
nikahlah anda untuk mendapat segala pahala ni.. :)

HoneyMoon Pulau Redang

Salam...

Korang2 yang dah kawin dulu honeymoon kat mane? aku ngan asben decide honeymoon dekat Pulau Redang kat Terengganu.tak penah sekali pun jejak kat terengganu.tercapai jugak akhirnye.sedia maklum la kan,aku ni dah mula nak aktif berblogging balik.so kali ni nak cerita la trip honeymoon yang kami g 12-14 June 2012...tarikh dah lama..tapi ni baru nak cerita..hahaha...biarkan.yang penting honeymoon ni memang best gile!



 aktiviti sepanjang kami di sini..

12 June 2012

Muka tired kami berdua.hehe..mane x nye.sampai terengganu pukul 5 pagi tau.dengan sesatnye lagi..hihihi...Sampainye kami kat jeti teros de orang tunggu kami nak bawak g tempat penginapan kami tu...actually kami booking online je pakej kat pulau redang ni.x sure berape sebab kawan asben yang tolong bookingkan.dalam 6 ratus lebih la untuk 2 orang.after lunch kami teros snoorkling..


muka x mandi..hik3..

 demam tau time honeymoon ni..tengok muka pucat kan..
sian asben angkat beg berat.baju aku je yang penuh dalam tu.. :p

ni la resort honeymoon kami.best sangat sebab tempat ni sangat2 privacy!

13 June 2012

pagi tu after breakfast teros ikut marshall g snoorkeling lagi sekali.best sangat.1st time aku buat aktiviti tu tau.hati tu memang la takut.tapi sebab nak merasa join jugak la..after dat,aktiviti bebas.so bergambar la kami tak hengat dunia..hehe..

tengok tu..suke betul die men lompat2..

nak tulis ape ye??

 gedik je rupe kan? hak3..

 malam aktiviti berbaque lak..sedaappp...

 sebelum masuk tido posing2 jap..hehe..

sian die penat masak seafood tu..

14 June 2012

after breakfast ade aktiviti snoorkling lagi.tapi kami x join pun sebab dah penat sangat dari ari 1st datang snoorkling.muka pun naik hitam dah.so decide nak lepak2 n tangkap gambar je sebelum balik ke perak semula.

muka seronok sepanjang honeymoon.. :)

pekat inai dijarimu..

asben & wifey..

snap by asben..dari jarak jauh gile ni tau..

kat jeti nak balik dah...bye2 pulau redang..

so kat sini aku nak bagitau la kepada sesape yang berhasrat nak ke pulau redang silakan ye..sesuai sangat untuk honeymoon sebab sangat2 privacy.best gile!!

Harimau Malaya vs Garuda

Salam...

malam ni aku layan bola sorang-sorang je..start dari mula tadi layan sorang.bosan gile..tepuk tangan sorang2, sorak sorang2.macam ape dah aku tengok.nasib la xde sape kat umah ni.kalau x mesti kata aku cam orang gile.hik3..

asben x balik minggu ni..abg ngan adik aku lak dah tentu layan kat mamak punye..nak tak nak kene la tengok jugak sebab malaysia yang lawan kan.kalau bukan malaysia aku pun x hingin nak tengok.setakat yang aku tengok minit yang ke 29 malaysia dah jaringkan 2 gol! cayalah harimau malaya..go malaysia go!!!

emm..semalam aku beli barang2 nak buat durian crepe dah..tapi yang jadi masalah sekarang ni tinggal nak beli durian je.aku suruh adik aku belikan banyak kali dah tapi die buat deQ je..geram plak aku kan.kalau dah buat die jugak yang gile makan durian crepe tu..sabar je la..

nantikan entry durian crepe aku ek? hehe.. ade durian aku buat...kalau x tunggu la masa yang sesuai.. :)

p/s : GO MALAYSIA GO!!! 



 
All Right Reserved by Amira Blog Design by ANIS NADHILAH