Followers

Tenangkan Hatiku Ya Allah


Ya Allah,
tolonglah hambamu ini...
bagaimana harus aku lakukan untuk tenangkan hati ini....

Ya Allah,
berilah aku petunjuk, berilah aku ilham bagaimana harus aku lakukan...

Ya Allah,
engkau mencipta aku,engkau mencipta rasa-rasa dijiwaku...
tunjukkan aku jalan yang benar...
janganlah aku disesatkan lagi dalam kebuntuan ini Ya Allah...

amin..amin ya rabbal alamin... 

Dos Pertama Suntikan Kancing Gigi Ibu Mengandung

salam...

7hb mac minggu lepas macam biasa aku g check up dekat klinik kesihatan. kali ni agak unik sikit daripada biasa sebab aku kene cucuk. suntikan ATT (anti tetanus toxoid)  iaitu untuk elakkan kancing gigi. suntikan ni ade 2 dos. bila dah kene sekali, lagi sebulan akan kene lagi sekali. selalu kene bila usia kandungan 25 minggu ataupun 5 bulan la.. sakit??? em..tersangatla lenguh tangan ni bile kene cucuk. nak drive pun susah tau. nasib la x demam or pengsan lepas kene cucuk tu. yang nurse tu bagitau aku, ibu mengandung yang mengandung anak pertama memang kene cucuk 2x. yang dah penah mengandung kene sekali je kot. tapi anak yang seterusnya kene kurang dari 5 tahun la.kalau x kene 2x jugak macam aku.bulan depan kene cucuk lagi.takut la plak sebab sakit jgk w0o..

sedikit info tentang suntikan kancing gigi ni..

- Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh mengakibatkan maut disebabkan oleh racun yang dikenali sebagai Clostridium tetani. Jadi suntikan anti-tetanus ni untuk mengurangkan kebarangkalian terkena jangkitan kuman tersebut.

- Kuman ni boleh masuk melalui luka. Luka untuk wanita hamil ialah jika bersalin normal, akan ada luka pada faraj (luka episiotomy).

- Dulu-dulu hospital tak banyak. Kebanyakan wanita yang bersalin hanya bersalin di klinik, disambut oleh bidan tradisional. Peralatan yang digunakan dikhuatiri tidak bersih. Jadi WHO & Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan suntikan tetanus pada ibu hamil - mencegah kadar kematian bayi dan ibu.

- Vaksin ini melindungi ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantarkan pada bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Juga mengelakkan kelahiran bayi pramatang.

- Kehamilan pertama: Dua suntikan diberi. Suntikan pertama pada awal kehamilan, suntikan kedua selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama.

- Kehamilan kedua: Jika jarak kehamilan kurang dua tahun dari kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.

- Suntikan tetanus sudah menjadi tidak relevan sekarang kerana sudah banyak hospital dibina. Peralatan yang digunakan juga bersih dan dibasmi kuman.

- Suntikan ini juga boleh mendatangkan effect seperti demam dan adakalanya allergy. Sebab tulah ramai gynaecologist di hospital tidak memberikan suntikan ini.

- Tetapi hospital kerajaan masih mengamalkannya - mengurangkan risiko jika ibu hamil itu tinggal di kawasan pedalaman.

- Pendapat Dr Zubaidi:

Saya sendiri tidak menegah jika ibu yang hamil itu menolak suntikan ini jika yakin akan melahirkan bayi di hospital dan sanggup menanggung risiko.
Tetapi manalah tahu tanpa dirancang, seorang ibu boleh melahirkan anak di dalam kereta, di lif bangunan dan sebagainya. Jangkitan kuman boleh berlaku. Jadi lebih elok saja menerima suntikan itu lagi pula ia diberikan secara percuma di klinik kerajaan.

Allahu a'lam

p/s: Insyaallah lebih baik kita mencegahnya sebelum terjadi apa2.. Moga apa yang kita buat diberkati Allah SWT :)



Persediaan Ibu Bakal Bersalin


20120305-100836.jpg
sekadar info utk dikongsi bersama. sesuai utk ibu2 yang bakal melahirkan bayi. antara persediaan yang perlu disiapkan sebelum melangkah ke hospital adalah seperti berikut:
:: Senarai keperluan bayi ::
6 keping baby diapers/pampers
4 pasang baju bayi
1 paket baby wipes/wet tissue
1 helai tuala mandi bayi
4 pasang stokin & sarung tangan bayi
4 helai barut bayi
1 set peralatan mandian bayi (baby bath, syampoo, losyen, bedak)
3 helai selimut/bedung bayi
1 botol minyak telon
1 helai topi
antara baby stuff”s yang telahpun ku sediakan utk dibawa ke hospital nnt..
:: Senarai keperluan isteri/ibu ::
telefon bimbit
1 pek maternity pad
5 helai baju/blouse
2 pasang stokin tebal
3 helai kain batik
5 helai seluar dalam/maternity bra
4pcs breast pad
2 helai tudung/skaf/ki
1 helai tuala mandi
1 set peralatan mandian (berus gigi, sabun, syampoo, ubat gigi, sikat)
1 pasang selipar
1 helai baju sejuk
1 beg plastik (utk baju kotor)
1 termos air panas + makanan/minuman (air masak/milo/susu/horlick/buah kurma/biskut/roti)
1 botol air zam zam
1 botol air/minyak selusuh
1 botol minyak angin
kamera digital
bahan bacaan/magazine
:: Senarai keperluan yang perlu dibawa oleh suami/bapa ::
kad lawatan klinik/hospital/buku merah
kad pengenalan isteri/suami
GL (bg yg bekerja government)
surat rujukan doktor (bg yg bekerja swasta)
surat nikah
duit

Sumber : http://www.mypermatahati.com/
 
All Right Reserved by Amira Blog Design by ANIS NADHILAH