Followers

Kelambu Khemah Moden

 Salam..

Memandangkan cuti berpantang tak habis lagi so aku pun amik kesempatan duduk dengan asben dekat quaters seberang jaya ni.bukan senang nak dapat manje2 ngan asben lama camni..hehe..dah ade anak pun nak manje2 lagi ye..gatai je bunyinye..ok berbalik pada cerita sebenar..dekat sini start ari pertama duduk punya la banyak nyamuk.kesian dekat baby farish sebab dalam 2 ari je 3 spot kat muka dengan kepala die merah kesan dek gigitan nyamuk durjana.geram je aku tengoknye.

Ade satu malam tu,jiran depan rumah baru balik terawikh.then terdengar farish nangis..act die nangis sebab baru jaga nak susu.pastu die pun masuk la melawat si farish ni.lepas tu die nampak merah kesan gigitan nyamuk dekat muka farish.cepat2 die balik rumah die pastu bagi kelambu moden ni.suruh aku pasang sebab kesian tengok baby.masa ni asben xde sebab keje malam.so aku decide pasang esok je tunggu asben balik..

Maka malam tadi sebelum tido asben pun pasangkan kelambu ni..jadi camni kelambu bila dah buka..hampir separuh kelambu untuk farish sorang je..x aci betul.hehe..


Bila semalaman pakai memang puas hati la..sebabnye : 

1.paling ditakuti, di bandar ada banyak nyamuk yang bawak penyakit denggi.

2.kalau balik kampung tak payah risau nyamuk banyak.

3.boleh elak dr binatang mcm serangga n lipas.sungguh ku takut ngan lipas wokeyyyy.

4.farish selamat dalam kelambu moden nie..

5.rasanya kalau berpantang n duduk ngan baby lebih selamat dalam nie.dulu masa aku pantang memanglah beli kelambu baby jer.so payah nak menyusu n asyik angkat2 jer sudahnya nyamuk masuk..

6.mudah sangat nak dibawa dan ringan.so mana2 pegi boleh bawak.

7.kain jaring2/net kelambu nie mmg tak pns.klu sebelum nie kelmbu nie agak pns.tp dah upgrade.mummy dah ngetest,mmg sejuk rasa kipasnya..terbaekkk wok!nyenyak si tecik tido

8.kalau nak g camping atau berkelahpun leh bawak.ala ala platent.n blehgak letak mainan anak2 supaya ak bersepah kat luar drp kawasan.hikhikhik.

So kesan selepas penggunaan adalah...
Farish dah siap mandi n tido balik ayahnye bangun pun x lagi.lena betul die tido dalam ni ye sebab xde gangguan nyamuk.
So kepada sesape yang berkenan boleh la beli dekat online je.senang dan mudah urusannye.hehe...aku pun dah beli ni.esok boleh la pulang balik kelambu ni dekat jiran balik.. :)



I blog with BE Write

The days are long, but the years are short..

  Salam..
.

The days are long, but the years are short..


Bila kita rasa tertekan masa membesarkan anak-anak, ingatlah kata-kata di atas ini. Dalam satu hari tu, memang kita rasa masa macam panjang sangat. Dari celik mata, ada je benda yang perlu dibuat, kan? Ditambah lagi dengan kerenah anak dan kerja-kerja rumah yang perlu disetelkan segera.

Pada masa-masa macam ni, memang kita nak sangat masa cepat berlalu. Ternanti-nanti waktu untuk anak tidur, supaya kita ada masa untuk diri sendiri, ada masa untuk berehat, ada masa untuk melepaskan penat.

Tapi bila kita renung balik tahun-tahun yang dah berlalu, rasa macam cepatnya! Eh anak aku dah setahunlah, eh anak aku dah dua tahunlah, ataupun eh anak aku dah habis SPM! Dan bila tiba saat itu, kita akan rasa nak putarkan balik masa. Betul, kan?

Jadi, jomlah kita sama-sama manfaatkan masa yang ada bersama anak-anak ni. Jom kita cipta pelbagai memori indah bersama mereka.

Mummy syg ammar farish.. 

I blog with BE Write

Detik2 kelahiran Ammar Farish

  Salam...
Entry lepas aku cakap nak cerita detik2 sepanjang proses bersalin kan? Ok kali ni aku akan cerita detik indah tu memandangkan si farish tengah lena diulit mimpi..hehe..

5 june 2013 (37 minggu  6 hari)

Pukul 2 - 7 pagi aku da mula rasa contraction yang kerap.tapi aku tak budget pun tu contraction nak bersalin sebab rasa die sama macam contraction tipu yang aku kene masa weeks ke 32 dulu..sampai seminggu kene tahan ward time tu sebab konon dah nak bersalin padahal menipu jerk! Huhu...ok sambung balik,sepanjang contraction tu asben aku dok pegang je perut aku bile mengeras.die tak tido langsung..tapi bukan sebab jaga aku,sebab kusyuk dok main game war die..sabor jela...de jugak die ajak aku g spital malam tu tapi aku cakap xpe la..esok pagi je kite g..aku takut kang pegi spital pagi2 tu doktor suruh balik lak..buat malu je..hehe..

Pastu masa bangun kol 6 lebih nak solat subuh n nak mandi untuk siap g keje aku tengok kat pantyliner aku de darah beserta lendir.aku terus tunjuk dekat asben.memang sah tanda nak bersalin aku dah turun.so pe lagi,asben soh siap2 mandi n g spital terus.aku pun terus call tempat keje cakap mc sebab macam dah turun tanda.malas nak cakap dah nak bersalin ke pe sebab aku pun xtau tol2 nak bersalin ke x tu.hehe...al maklum la,anak pertama..hik3...sementara aku mandi asben siapkan makan n minum aku.sempat jugak la melantak nasi lemak sebungkus dengan air milo.

Sampai spital,doktor cek n cakap dah buka 2cm.die suruh aku decide nak stay kat ward atau balik umah je dulu sampai contraction kerap datang.so aku dengan asben decide nak stay je ward.memang la rumah dengan spital dekat,dalam 10 min je dah sampai tapi aku xnak balik.takut pape jadi kat umah lak kan..sampai pukul 5 petang doktor cek dah buka 2cm lebih..kira x banyak la buka.then pukul 9 mlm dah 3cm..pukul 12 tgh malam cek lagi bukaan dah 4cm..

6 june 2013 ( 38 minggu)

Maka aku pun ditolakkan ke dewan bersalin.sampai dalam tu mula la doktor pasang segala wayar untuk monitor denyutan jantung baby dan kekerapan contraction tu.makin lama makin kerap contraction datang sampai ade masa rase nak tercabut nyawa.aku berzikir je sepanjang dalam tu.nasib baik asben boleh masuk dalam tu tapi boleh tunggu sampai takat bukaan 8 cm je. Pastu kene keluar..spital gomen,bese la...dapat masuk tgk sakit aku masa contraction pun jadi la.punya sakit sampai aku gigit2 tangan asben aku tau..hehe..time tu plak ade adegan lawak,boleh die cakap "klo camni sakitnye syg,cukup sekali jela kita ade anak.." Hehe..x boleh blah betul ayatnye..

Kol 2 pagi air ketuban aku dipecahkan, pukul 7 pagi baru baby kuar..lama sungguh aku menunggunya..keluar je baby memang hilang terus segala sakit semua tau.pastu adegan jahit menjahit plak.sepanjang proses menjahit memang aku x rasa pape pun.sempat aku msg dengan asben pastu sempat lagi aku update status kat fb..hehe...kuat x kuat x aku?? :)

  

Selesai semuanya aku terus tido..gile penat kau..bukan senang nak meneran. Bilik beraircond pun peluh aku dibuatnye.bangun tido,asben cakap die dah azan n iqamatkan baby kami..pastu die tunjuk gambar anak kami.lupe nak cakap,pas lahir baby aku terus kene masuk wad scn (rawatan rapi kanak2) sebab tangan die de lebam,tersangkut masa nak push die keluar..baby besar sangat mane taknye.


Muhammad ammar farish bin mohd firdaus
Lahir pada 6.6.2013 (israk' mikraj)
Berat 3.4 kg
Lahir secara normal..

Semoga anak kami ni menjadi anak yang soleh yang mendengar kata dan sentiasa membahagiakan kami sepanjang masa..amin....


I blog with BE Write

Buah Hati Pengarang Jantung

Salam..


Sekian lama x update blog ni..
hari ni baru terbuka hati nak berblog. Hehe...
nak memperkenalkan buah hati pengarang jantung aku..
"Mohamad Ammar Farish Bin Mohd Firdaus"...
Lahir pada 6/6/2013 jam 7.25 pagi..dengan berat 3.4kg.. 
Si comel bam2 yang menyerikan lagi hidup kami..
Nanti aku update sepanjang proses kelahiran dari start turun tanda sehingga lahirnya baby boy ni.. 

Tenangkan Hatiku Ya Allah


Ya Allah,
tolonglah hambamu ini...
bagaimana harus aku lakukan untuk tenangkan hati ini....

Ya Allah,
berilah aku petunjuk, berilah aku ilham bagaimana harus aku lakukan...

Ya Allah,
engkau mencipta aku,engkau mencipta rasa-rasa dijiwaku...
tunjukkan aku jalan yang benar...
janganlah aku disesatkan lagi dalam kebuntuan ini Ya Allah...

amin..amin ya rabbal alamin... 

Dos Pertama Suntikan Kancing Gigi Ibu Mengandung

salam...

7hb mac minggu lepas macam biasa aku g check up dekat klinik kesihatan. kali ni agak unik sikit daripada biasa sebab aku kene cucuk. suntikan ATT (anti tetanus toxoid)  iaitu untuk elakkan kancing gigi. suntikan ni ade 2 dos. bila dah kene sekali, lagi sebulan akan kene lagi sekali. selalu kene bila usia kandungan 25 minggu ataupun 5 bulan la.. sakit??? em..tersangatla lenguh tangan ni bile kene cucuk. nak drive pun susah tau. nasib la x demam or pengsan lepas kene cucuk tu. yang nurse tu bagitau aku, ibu mengandung yang mengandung anak pertama memang kene cucuk 2x. yang dah penah mengandung kene sekali je kot. tapi anak yang seterusnya kene kurang dari 5 tahun la.kalau x kene 2x jugak macam aku.bulan depan kene cucuk lagi.takut la plak sebab sakit jgk w0o..

sedikit info tentang suntikan kancing gigi ni..

- Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh mengakibatkan maut disebabkan oleh racun yang dikenali sebagai Clostridium tetani. Jadi suntikan anti-tetanus ni untuk mengurangkan kebarangkalian terkena jangkitan kuman tersebut.

- Kuman ni boleh masuk melalui luka. Luka untuk wanita hamil ialah jika bersalin normal, akan ada luka pada faraj (luka episiotomy).

- Dulu-dulu hospital tak banyak. Kebanyakan wanita yang bersalin hanya bersalin di klinik, disambut oleh bidan tradisional. Peralatan yang digunakan dikhuatiri tidak bersih. Jadi WHO & Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan suntikan tetanus pada ibu hamil - mencegah kadar kematian bayi dan ibu.

- Vaksin ini melindungi ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantarkan pada bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Juga mengelakkan kelahiran bayi pramatang.

- Kehamilan pertama: Dua suntikan diberi. Suntikan pertama pada awal kehamilan, suntikan kedua selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama.

- Kehamilan kedua: Jika jarak kehamilan kurang dua tahun dari kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.

- Suntikan tetanus sudah menjadi tidak relevan sekarang kerana sudah banyak hospital dibina. Peralatan yang digunakan juga bersih dan dibasmi kuman.

- Suntikan ini juga boleh mendatangkan effect seperti demam dan adakalanya allergy. Sebab tulah ramai gynaecologist di hospital tidak memberikan suntikan ini.

- Tetapi hospital kerajaan masih mengamalkannya - mengurangkan risiko jika ibu hamil itu tinggal di kawasan pedalaman.

- Pendapat Dr Zubaidi:

Saya sendiri tidak menegah jika ibu yang hamil itu menolak suntikan ini jika yakin akan melahirkan bayi di hospital dan sanggup menanggung risiko.
Tetapi manalah tahu tanpa dirancang, seorang ibu boleh melahirkan anak di dalam kereta, di lif bangunan dan sebagainya. Jangkitan kuman boleh berlaku. Jadi lebih elok saja menerima suntikan itu lagi pula ia diberikan secara percuma di klinik kerajaan.

Allahu a'lam

p/s: Insyaallah lebih baik kita mencegahnya sebelum terjadi apa2.. Moga apa yang kita buat diberkati Allah SWT :)



Persediaan Ibu Bakal Bersalin


20120305-100836.jpg
sekadar info utk dikongsi bersama. sesuai utk ibu2 yang bakal melahirkan bayi. antara persediaan yang perlu disiapkan sebelum melangkah ke hospital adalah seperti berikut:
:: Senarai keperluan bayi ::
6 keping baby diapers/pampers
4 pasang baju bayi
1 paket baby wipes/wet tissue
1 helai tuala mandi bayi
4 pasang stokin & sarung tangan bayi
4 helai barut bayi
1 set peralatan mandian bayi (baby bath, syampoo, losyen, bedak)
3 helai selimut/bedung bayi
1 botol minyak telon
1 helai topi
antara baby stuff”s yang telahpun ku sediakan utk dibawa ke hospital nnt..
:: Senarai keperluan isteri/ibu ::
telefon bimbit
1 pek maternity pad
5 helai baju/blouse
2 pasang stokin tebal
3 helai kain batik
5 helai seluar dalam/maternity bra
4pcs breast pad
2 helai tudung/skaf/ki
1 helai tuala mandi
1 set peralatan mandian (berus gigi, sabun, syampoo, ubat gigi, sikat)
1 pasang selipar
1 helai baju sejuk
1 beg plastik (utk baju kotor)
1 termos air panas + makanan/minuman (air masak/milo/susu/horlick/buah kurma/biskut/roti)
1 botol air zam zam
1 botol air/minyak selusuh
1 botol minyak angin
kamera digital
bahan bacaan/magazine
:: Senarai keperluan yang perlu dibawa oleh suami/bapa ::
kad lawatan klinik/hospital/buku merah
kad pengenalan isteri/suami
GL (bg yg bekerja government)
surat rujukan doktor (bg yg bekerja swasta)
surat nikah
duit

Sumber : http://www.mypermatahati.com/
 
All Right Reserved by Amira Blog Design by ANIS NADHILAH