Salam..
.
The days are long, but the years are short..
Bila kita rasa tertekan masa membesarkan anak-anak, ingatlah kata-kata di atas ini. Dalam satu hari tu, memang kita rasa masa macam panjang sangat. Dari celik mata, ada je benda yang perlu dibuat, kan? Ditambah lagi dengan kerenah anak dan kerja-kerja rumah yang perlu disetelkan segera.
Pada masa-masa macam ni, memang kita nak sangat masa cepat berlalu. Ternanti-nanti waktu untuk anak tidur, supaya kita ada masa untuk diri sendiri, ada masa untuk berehat, ada masa untuk melepaskan penat.
Tapi bila kita renung balik tahun-tahun yang dah berlalu, rasa macam cepatnya! Eh anak aku dah setahunlah, eh anak aku dah dua tahunlah, ataupun eh anak aku dah habis SPM! Dan bila tiba saat itu, kita akan rasa nak putarkan balik masa. Betul, kan?
Jadi, jomlah kita sama-sama manfaatkan masa yang ada bersama anak-anak ni. Jom kita cipta pelbagai memori indah bersama mereka.
Mummy syg ammar farish..
Mummy syg ammar farish..
0 comment readers:
Post a Comment