Followers

Senarai Semak 12 Bulan Sebelum Majlis Perkahwinan

AssalamualaikumWBT .


Aiseh dah mula start update pasal perkahwinan nampak . *_* .

Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk or mengada menayang pada semua orang. niat aku cuma nak merancang agar misi menuju tarikh yang ditetapkan tu berjalan lancar. maklumlah kalau tak tulis nanti mudah lupa. so apa yang update di belog ni hanya sekadar untuk rujukan sendiri dari mana-mana sumber yang aku baca. dan mana tahu apa yang aku update nanti boleh juga jadi rujukan bakal pengantin lain. sama-samalah kita berkongsi ye .

okey terus pada senarai semak yang boleh dibuat 12 bulan sebelum majlis perkahwinan.

  • hebahkah ikatan yang sudah terjalin.
  • tentukan tarikh majlis pertunangan, akad nikah dan majlis resepsi bagi kedua-dua belah pihak.
  • tentukan bajet yang diperlukan untuk majlis pertunangan, akad nikah dan resepsi . jangan lupa masukkan kos pengangkutan, kecemasan dan lain-lain yang perlu.
  • tentukan lokasi majlis akan diadakan nanti.
  • mula buat rujukan tema warna untuk majlis nanti.
Sekian Terima Kasih... credit to cik ada...

0 comment readers:

Post a Comment

 
All Right Reserved by Amira Blog Design by ANIS NADHILAH