Followers

Tempah Baju Nikah

alam..

jeng..jeng..jeng.malu nak bagitau..sebenarnye hari ni aku g butik pengantin yang sama masa majlis pertunangan aku hari tu..aku dah mula g tempah baju nikah kat butik tu.yela,sayang lak x buat pape kain hantaran tunang haritu sebab nanti ntah bile la nak buatnye.alang2 ada taylor yang boleh buat so aku pun serahkan la 100% kat taylor tu.butik tu melayu..tapi die upah taylor cina untuk jahit baju pengantin.so baju die kemas la kan sebab setahu aku hasil kerja cina ni memang kemas.bukan la melayu tak kemas.cuma melayu ni x berapa nak prihatin sangat dengan kualiti jahitan die.asal lawa je dah.design die aku ikut kat majalah pengantin..x snap la pulak pic baju tu sebab terlupa..hihihi...yang pasti baju tu sangat cantik..x sabar nak tunggu die siap..tapi janji dalam bulan 5 siap la baju tu..

kain pasang mr.apit bagi kat aku..

kain pasang aku bagi dekat mr.apit..

lepas tu....

aku terus la bayar booking rm370 untuk pakej perkahwinan sekali..alang2 dah datang baik bayar terus kan.nanti entah bile la boleh datang lagi sebab aku ni pemalas sikit orangnye..hihihi..g ni pun sebab member2 dah bising soh booking cepat.bulan 6 ramai kawin..tapi memang betul pun cakap dorg tu.aku bukan xnak tau.tapi sebab tarikh confirm xde lagi.so dat's why la berat je hati aku ni nak g butik pengantin tu..ok,skang aku nak list kn pakej perkahwinan yang aku amek tu..sesape yang berminat boleh la pm aku yerk..

PAKEJ D'FANTASIA (RM1970)

  • PELAMIN TERKINI (MENGIKUT CITARASA PENGANTIN)
  • BAJU PERSANDINGAN LACE+CHIFFON (REKAAN TERBARU KHAS UTK PENGANTIN)
  • MAKE-UP 2X
  • ASSESORI LELAKI & PEREMPUAN
  • PAYUNG 1 SET
  • BUNGA TANGAN
  • KASUT PEREMPUAN SAHAJA
  • UKIRAN INAI HENNA
  • ARCH (PINTU GERBANG)
  • RED KARPET
  • GAUN + KOT
  • HIASAN BILIK TIDUR
  • HIASAN MEJA MAKAN
OK..agak2 puas hati x dengan pakej tu? baju sanding die buat baru khas untuk kite..sepasang lelaki & perempuan..aku pilih tema hijau turquoise..akak tu cakap memang susah sebenarnye nak cari kaler ni..tapi die tetap cari jugak..hehe..tengs ye kak..customer's first yerk.. :) bunga tangan aku tukar kot..aku ade design sendiri yang aku nak..tunggu...... :)


Pergi 3 Bank dalam masa 1 Jam

Salam...

ok,memandang kan gaji dah masuk hari ni..makanya tadi lepas lunch aku g bank..3 bank sekali aku pergi hari ni tau..semuanya disebabkan DUIT.. :D tempat pertama yang dituju :

MAYBANK..

niat g maybank ni sebenarnye nak simpan duit yang customer order je..alhamdulillah..rezeki meniaga bertambah la sikit sejak beberapa hari ni..hehe..pastu nak simpan jugak duit adik aku..die bawah umur,so die takde ATM sendiri..that's why la duit die semua simpan kat aku..so aku sebagai penjaga amanah kene la jaga duit tu elok2 supaya x terpakai..banyak jugak tau duit adik aku..sekarang ni total aku kira dah ada rm390 tau..pandai tol die menyimpan duit..aku dulu haremmm xde menyimpan langsung.dah tua ni bawu la pandai nak menyimpan...eh..tua ke?? hihihi...nope!

Bank Rakyat

lepas tu pergi bank rakyat lak...sebabnye aku nak buat kad..dalam tu ade duit hantaran yang mr.apit dah masuk semuanya kat aku.bank rakyat aku tu pakai buku je..susah untuk aku kuarkan kalau nak bayar booking ape2 nanti..al-maklum la..orang bizi la katakan..kih3..senang jugak la proses die..juz isi nama dengan no ic je..ikutkan kene bawak buku bank sekali..tapi tadi dah kelam aku aku terlupa nak bawak..aku 'kencing' orang kat kaunter tu cakap yang buku tu xde kat sini sekarang..bukan kat tangan aku...so proses pun menjadi lagi senang..pakcik guard tu cakap,kalau kite cakap buku tinggal kat umah dorang xnak proses..dorang suruh balik g amek dulu..tu aku terpaksa menipu sikit..untuk menyenangkan kerja aku..kih3..dalam 5 minit pastu siap la kad aku..pastu try cek tengok ade RMxx xxx dalam tu..huhu...aku kaya!!!!

CIMB BANK...

aku g cimb ni pun sebab nak cek gaji je sebenarnye..kalau dah masuk cadang nak simpan sikit kat ASB..simpanan masa hadapan la katakan..kui3..so tadi,cek punye cek..gaji pun masuk dah..2x ganda naik dari yang biasa..syukur alhamdulillah..ni semua gara2 oncall bulan lepas..masyyukk...then,aku pun isi borang wang masuk ASB..untuk ASB aku kuarkan rm500 n masuk kat situ terus..alang2 dah sampai situ kan..selalu masuk ASB dekat pejabat pos je..cimb tadi aku tengok x ramai orang,makanya xkan nak buang masa g banyak2 tempat lak kan...nak masuk untuk mr.apit rm100 sekali..kat ASB die..die bagi lama dah kat aku duit tu.tapi x berkesempatan lagi nak masuk tau..hihi..yang ye nye MALAS..!

so sekarang ni urusan berkenaan duit semuanya dah selesai.....senang kerja aku nanti nak booking semuanya sebab segalanya dihujung jari..hehehe..bye!



Tamat Sudah Oncall Bulan Ni :)

Salam..

seronok sangat!! hari ni hari terakhir aku pegang oncall untuk bulan ni..setelah 2 minggu aku diganggu dengan panggilan oncall dari spital..akhirnye starting from tomorrow aku dah boleh rilex..dah boleh g jalan jauh2..xde terikat dengan oncall selama 2 minggu..dan aku jugak akan cuti sabtu & ahad untuk 2 minggu bulan Mac ni..sukenye!! yang pasti jugak,aku akan g penang minggu depan..melawat tunang tersayang + jenjalan Queensbay sekali. nak beli barang hantaran..oppss...! huhuhu...



penat tau rasenye bulan ni..semua gara2 partner aku xde..kene g training kat pantai ipoh.tinggal la aku keseorangan kat lab..jaga lab sensorang..kene maki dengan doktor sorang2...s0o....sad!!! :( tapi xpe..yang penting aku dah buat yang terbaik..tadi aku dah calculate total oncall + standby aku..pergghh!! mantap beb.. bulan February je aku dapat kaut oncall dekat rm800..belum masuk gaji lagi..masyuuukk..!! hihihi...



actually bagus tau tempat keje aku ni..macam2 kelebihan die bagi untuk staff..aku confirm keje 2 bulan lepas naik lagi rm200..senang2 je naik kan? kaya betui hospital pantai ni..bulan ni semua staff dapat rm400..kaya lagi..hehe...nak tau dapat sebab pe sila klik sini.. so skang ni..sesape yang nak keje swasta yang kukuh,korang boleh la apply kat hospital pantai yerk..memang terbaikk..!!



p/s : bisnes aku makin laku sekarang ni...jom membeli belah kat sini..



Senarai Semak Bakal Pengantin

Assalamualaikum


kat bawah ni list secara detail untuk merancang wedding korang. Oh, lupa aku save dari siapa. Maaf. Malas cakap eh tulis panjang-panjang, enjoice!




Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.



Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:



8 – 6 BULAN SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
• Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
• Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
• Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
• Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
• Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
• Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
• Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.



Bagi pengantin lelaki:

• Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.




5 BULAN SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
• Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
• Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
• Membeli cincin kahwin.
• Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
• Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
• Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
• Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
• Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.




3 BULAN SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
• Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
• Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
• Rawatan intensif muka, badan dan rambut.


Bagi pengantin lelaki:

• Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
• Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.


Bagi pengantin perempuan:

• Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
• Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.




2 BULAN SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Membeli barang kemas
• Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
• Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
• Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.




3 MINGGU SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
• Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.


Bagi pengantin perempuan:

• Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).




3 – 1 HARI SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
• Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
• Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
• Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
• Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
• Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
• Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.


Bagi pengantin lelaki:

• Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.


Bagi pengantin perempuan:

• Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
• Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)




PADA HARI PERNIKAHAN:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.


Bagi pengantin lelaki:

• Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
• Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
• Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
• Cincin / gelang tangan / rantai.
• Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
• Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
• Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
• Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda.
• Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.




PADA HARI PERKAHWINAN:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
• Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
• Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.


Bagi pengantin lelaki:

• Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
• Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung


Bagi pengantin perempuan:

• Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.




3 HARI SELEPAS perkahwinan:

• Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.

p/s : secara jujurnye aku langsung xde buat persiapan lagi tau...ikut planning tarikh kawin kami bulan 6 ni..tp....semuanya terserah kepada ipd mr.apit.. :(

Aktif Berbisnes Semula

Salam...

dis month,tetibe terbuka hati nak mulakan balik bisnes..tapi bukan bisnes tudung macam dulu..kali ni nak jual kemeja, maxi dress ngan t-shirt korea..agak2 korang nak beli tak kalau aku jual?hihihi..sebab pe tau aku nak buat bisnes ni? sebab aku dah mula rasakan betapa x berbaloi nye aku bayar bil p1wimax ni tiap2 bulan hanya untuk online facebook & b'blogging semata-mata.haha.. sangat tak berbaloi kan? so dat's why la aku decide nak buat something yang boleh menguntungkan aku. maka dengan ini bermula lah kerjaya aku yang ke-2 sebagai peniaga pakaian on9..aku join venture dengan kawan aku Farhani Borhan...nama aku kan Amira..so terciptalah facebook ANIERA FESYEN..member aku ni jual minyak wangi...sesapa nak membeli belah kat boutique online kami boleh la klik sini yerk...


kami jual ni...








come! grab it now...!

sesape yang berminat boleh add facebook kat atas tu yerk..then inform aku trough Pm on facebook...



Jika rezeki itu buat kami...maka permudahkanlah...Amin...



selamat malam... :)

Dapat Ang Pau :)

Salam...

Minggu ni sangat bz...semua nya gara2 partner aku kene training kat ipoh selama 2 minggu..sangat penat..tambah lagi bile mesin rosak..x pasal2 aku kene jadi bidan terjun membetulkan mesin tu.da la mesin puluh ribu..takut aku nak godek2 nye.tapi kalo x godek2 x siap la keje aku ni..dugaan....tapi xpe,aku x kesah...sebab keje ni la aku dapat duit..kalo x mane datang nye kan?hehe...abaikan...

sebenarnye nak bagitau ni je.......... :)

hari ni dapat berita gembira dari manager aku pantai premier ipoh...15hb hari tu bos aku j0in dinner meeting kat kl..pastu dalam meeting tu soh inform kat all staff yang kitorang ni sume akan dapat "Ang Pau" sempena chinese new year hari tu..dapat sorang rm188..bos aku cakap lagi, dalam meeting tu jugak umum kan yang pantai lab kit0rang dapat best winner untuk tahun 2011.kire sampai target sales untuk tahun tu la...dapat rm7000 dan bile dibahagi dengan 32 staff dapat la sorang rm218..

so total dapat la semua staff rm400 yg akan dibank in dalam akaun kami hujung bulan ni!! End of February..

kaya aku bulan ni..dah la basic dah naik...pastu bulan ni jugak 1st time dapat duit oncall..pastu dapat lak lagi duit ang pau ni...skang ni tengah b'kira2 nak beli ape dengan duit tu yerk? hihihihi....setan dah mula b'leluasa nampak gayanye... :D

Disini Jual Ikan Segar

Assalamualaikum...


Seorang peniaga memulakan harinya dengan menjual ikan. dia mula memasang papan tanda yang bertulis ” Disini Jual Ikan Segar”. Tidak lama kemudian datanglah seorang
pengunjung yang bertanyakan tentang tulisannya.

“Kenapa awak tulis "DISINI"? Bukankah semua orang sudah tahu kalau
awak berniaga DISINI, bukan DISANA?”

“Betul juga!” fikir si penjual ikan, lalu dipadamnya perkataan “DISINI” dan
tinggallah tulisan “JUAL IKAN SEGAR”.

Tidak lama kemudian datang pengunjung kedua yang juga bertanyakan tentang tulisan nya di papan jualan tersebut
“kenapa awak tulis perkataan "SEGAR"? Bukankah semua orang sudah tahu kalau yang
awak jual ni sememangnya ikan segar, bukan ikan busuk?

“Betul juga” fikir si penjual ikan, lalu dpadamnya perkataan “SEGAR” dan
tinggallah cuma “JUAL IKAN”.

Tak lama kemudian datanglah pengunjung ke tiga yang juga bertanyakan
tulisannya: “Mengapa awak tulis perkataan JUAL? Bukankah semua orang sudah tahu
kalau ikan ini untuk dijual, bukan untuk pameran?

Benar juga fikir si penjual ikan, lalu dipadamnya perkataan JUAL dan tinggallah
perkataan “IKAN”.

Selang beberapa waktu kemudian, datang pengunjung ke 4, yang juga
bertanyakan tentang tulisannya: “kenapa awak tulis perkataan IKAN? Bukankah semua orang
sudah tahu kalau yang ini Ikan bukan Daging?

“betul juga” fikir si penjual ikan, lalu diturunkannya papan pengumuman itu.

Untuk renungan:

Bila kita ingin memuaskan semua orang, kita tidak akan mendapat apa-apa. Be yourself!
 
All Right Reserved by Amira Blog Design by ANIS NADHILAH