Followers

Dos Pertama Suntikan Kancing Gigi Ibu Mengandung

salam...

7hb mac minggu lepas macam biasa aku g check up dekat klinik kesihatan. kali ni agak unik sikit daripada biasa sebab aku kene cucuk. suntikan ATT (anti tetanus toxoid)  iaitu untuk elakkan kancing gigi. suntikan ni ade 2 dos. bila dah kene sekali, lagi sebulan akan kene lagi sekali. selalu kene bila usia kandungan 25 minggu ataupun 5 bulan la.. sakit??? em..tersangatla lenguh tangan ni bile kene cucuk. nak drive pun susah tau. nasib la x demam or pengsan lepas kene cucuk tu. yang nurse tu bagitau aku, ibu mengandung yang mengandung anak pertama memang kene cucuk 2x. yang dah penah mengandung kene sekali je kot. tapi anak yang seterusnya kene kurang dari 5 tahun la.kalau x kene 2x jugak macam aku.bulan depan kene cucuk lagi.takut la plak sebab sakit jgk w0o..

sedikit info tentang suntikan kancing gigi ni..

- Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh mengakibatkan maut disebabkan oleh racun yang dikenali sebagai Clostridium tetani. Jadi suntikan anti-tetanus ni untuk mengurangkan kebarangkalian terkena jangkitan kuman tersebut.

- Kuman ni boleh masuk melalui luka. Luka untuk wanita hamil ialah jika bersalin normal, akan ada luka pada faraj (luka episiotomy).

- Dulu-dulu hospital tak banyak. Kebanyakan wanita yang bersalin hanya bersalin di klinik, disambut oleh bidan tradisional. Peralatan yang digunakan dikhuatiri tidak bersih. Jadi WHO & Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan suntikan tetanus pada ibu hamil - mencegah kadar kematian bayi dan ibu.

- Vaksin ini melindungi ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantarkan pada bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Juga mengelakkan kelahiran bayi pramatang.

- Kehamilan pertama: Dua suntikan diberi. Suntikan pertama pada awal kehamilan, suntikan kedua selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama.

- Kehamilan kedua: Jika jarak kehamilan kurang dua tahun dari kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.

- Suntikan tetanus sudah menjadi tidak relevan sekarang kerana sudah banyak hospital dibina. Peralatan yang digunakan juga bersih dan dibasmi kuman.

- Suntikan ini juga boleh mendatangkan effect seperti demam dan adakalanya allergy. Sebab tulah ramai gynaecologist di hospital tidak memberikan suntikan ini.

- Tetapi hospital kerajaan masih mengamalkannya - mengurangkan risiko jika ibu hamil itu tinggal di kawasan pedalaman.

- Pendapat Dr Zubaidi:

Saya sendiri tidak menegah jika ibu yang hamil itu menolak suntikan ini jika yakin akan melahirkan bayi di hospital dan sanggup menanggung risiko.
Tetapi manalah tahu tanpa dirancang, seorang ibu boleh melahirkan anak di dalam kereta, di lif bangunan dan sebagainya. Jangkitan kuman boleh berlaku. Jadi lebih elok saja menerima suntikan itu lagi pula ia diberikan secara percuma di klinik kerajaan.

Allahu a'lam

p/s: Insyaallah lebih baik kita mencegahnya sebelum terjadi apa2.. Moga apa yang kita buat diberkati Allah SWT :)



1 comment:

 
All Right Reserved by Amira Blog Design by ANIS NADHILAH