Followers

Sakit Belakang Ketika Hamil



Mengapa sakit belakang/pinggang semasa hamil ... antara punca/ faktornya adalah:


  • Perubahan postur badan
Perubahan postur badan adalah melibatkan pengalihan pusat graviti badan lantas memberi tekanan ke atas bahagian belakang ibu hamil.
  • Perubahan berat badan
Penambahan berta badan yang keterlaluan boleh menyebabkan sakit belakang menjadi teruk dan pembesaran baby dlm kandungan juga boleh menekan urat saraf yang menyebabkan sakit belakang.
  • Perubahan hormon 
Rembesan hormon yang dpanggil 'relaxin' ketika mengandung bg melonggarkan ligamen sendi pada bhgn pelvis dan  tulang belakang bg memudahkan proses bersalin juga meningkatkan risiko sakit belakang.
  • Keletihan otot-otot
Posisi duduk, berjalan dan baring yang tidak betul menyebabkan otot-otot menjadi letih dan seterusnya mengakibatkan sakit belakang

Beberapa langkah yang dikenal pasti boleh mengurangkan sakit belakang:



Posisi berdiri :

Posisi bahu dan punggung mesti selari ketika berdiri.


credit to : http://www.mypositiveparenting.org


Posisi duduk :

Pilih kerusi yang selesa, ini bermakna mempunyai tempat duduk yang kukuh dan tempat letak tangan.
Letakkan bantal kecil di bahagian bawah belakang supaya menyokong belakang badan.
Jangan duduk bersilang kaki, sebaliknya perlu pastikan belakang badan lurus tegak.


credit to : http://www.mypositiveparenting.org

Posisi tidur :

Jangan tidur terlentang : tidur terlentang akan menyebabkan rahim memberi tekanan fizikal pada saluran darah besar (aorta dan inferior vena cava) lalu menghalang peredaran darah ke jantung seterusnya mengganggu bekalan oksigen dan nutrien pada baby.
Tidur mengiring, kedua-dua sendi lutut dibengkokkan sedikit & letakkan bantal di antara kedua peha.
Tidur mengiring: akan menyebabkan lebih banyak nutrient dan oksigen dihantar pada baby.

Mengiring ke kanan @ ke kiri :

Ada sesetengah Doktor mengatakan ke kiri, tetapi kiter tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Dr. Zubadi di dalam blognya menyatakan seorang wanita boleh mengiring ke sebelah kiri atau sebelah kanan, tetapi beliau lebih suka jika wanita tidur mengiring ke kanan kerana ianya menepati sunnah Rasullah S.A.W

Hadis riwayat Tarmizi : "Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata : Inilah cara berbaring yang di benci Allah S.W.T.


credit to : http://www.mypositiveparenting.org

Jika pekerjaan kengkawan memerlukan korang berdiri untuk masa yang lama, mengangkat benda-benda berat, naik tangga bertingkat2 atau bekerja mengikut shif, elok bincang majikan masing2.InsyaAllah ada jalan yang lebih baik untuk keselamatan & kesihatan ibu n anak..Majikan Malaysia x lah sekejam mana.. Duduk terlalu lama juga xbagus, cuba berehat dengan berjalan di sekeliling pejabat selang sejam dan ambil peluang pada waktu rehat untu baring seketika.


 Wallahu a’lam bish-shawabi  “Dan Allah Mahatahu/lebih tahu yang benar/yang sebenarnya”

source :
http://drzubaidi.com
http://www.mypositiveparenting.org
Berita harian  (Ratu) 11 Mei 2010

Bermulanya Esok T_T

salam..


Tajuk dah nampak muka sedih...
kenapakah puan Amira? 
ok,sebenarnye esok bermula aku keje sorang dekat lab tu untuk 2 minggu ni.
partner tempat keje aku chinese.
die dah mula cuti untuk sambut raya die.
s0 aku kene la cover pantai lab seri manjung tu sorang2... T_T
.x sukenye..
dulu masa lom preggy boleh la keje sorang.
sekarang ni macam dah x mampu lak sebab aku dah mula sakit pinggang kalau banyak berjalan.
keje aku dah la kene hantar report kat ward skali kalau despatch x balik round lagi..
mampukah aku nak tanggung sakit esok? 
untuk tempoh 2 minggu lak tu!! 
skali dengan standby oncall..
memang la duit dapat banyak tapi kalau ikut kesakitan yang akan aku alami nanti macam duit tu x penting je..
sape sudi nak ganti tempat aku???  
sehari boleh dapat dalam rm100 termasuk oncall & standby..hehe...cepat2..!!

Ayah, Nak Pinjam RM10 Boleh?


salam...
sila baca & hayatinya.. 
Anak: Ayah…ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm….nak tanya apa?
Anak: Ayah…berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.Anak: Amin saja nak tahu… ayah… Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih…!!” Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.
Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.
“Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni” Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyaklah ayah!” Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??” Amin tunduk… tak berani dia merenung ayahnya.
Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan…..”Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit…” “Tak cukup duit nak beli apa??”Jerkah ayahnya lagi. “Ayah…. sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah..” Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya…

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.
Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.

sumber : kisah wanita

Kandungan 5 bulan yang sangat awesome

Salam..

hai semua..hari ni tiba2 terbuka hati nak menaip.dah lama x meluahkan isi hati kat dalam ni.hehe..bukan ape,mood nak menaip xde so klo online pun juz buka facebook & blogwalking je kat blog kawan2. sebab tu la dah lama x update new story.hehe..ampun yerk.. :)

kali ni nak share la serba sikit cerita tentang baby dalam perut ni.dah 5 bulan duduk dalam perut mummy die ni.macam2 dah rase sepanjang bergelar seorang mummy to be.seronok sangat tau.hujung bulan 12 haritu pergi scan.1st time scan ayah die ikut.selalu scan mummy die sorang jerk. T___T ...nak buat camne.ayah die keje jauh.nak balik pun susah.sedih betul rasenye.tapi x boleh sedih sangat. mummy die kuat..yes!! i'm a strong woman & mummy.. :D

scan kali ni baby sangat malu.die xnak tunjuk langsung muka die.maybe sebab ayah die join tengok die skali.ape yang die malukan xtau la..hehehe...comel je rase kan? luv u la baby! kecik2 dah pandai malu.tapi die malu nak tunjuk muka je tau.lain2 die x malu.sebab kali ni kami dapat tau dah jantina baby.

anak panah menunjukkan our baby is boy!! :)
nampak dah die punya senapang.hihihi..


                                       scan bulan lepas elok je die tunjuk muka.
                                               baby tengah tido time ni.hehe..

                                        scan dekat pusat pakar Seri Manjung.

kandungan dah masuk 5 bulan 3 hari.ni baru rase gerakan baby.orang cakap anak pertama memang lambat rase gerakan mungkin sebab kita ni xde pengalaman kot.sebenarnye baby dah mula tendang klo ikut scan baby bulan ke 4. tapi dekat perut mummy je x rase lagi. sekarang ni cuma rase macam kene jentik je perut ni.sweet sangat.camne la rase kalau kandungan semakin meningkat nanti kan?mesti nak tido pun kene ganggu.tapi xpe..mummy suke.ade la jugak teman kalau x boleh tido ke.xde la sorang2 je macam selalu..

sepanjang 5 bulan ni alhamdulillah xde benda2 pelik yang berlaku kat aku macam sesetengah ibu2 mengandung lalui.alahan langsung xde..cuma makan je yang jadi masalah. keterlaluan sangat aku makan sampai berat start dari mengandung meningkat mendadak.sampai 8kg naik tau..takut dah nak timbang sekarang ni.baru 5 bulan.kalau 9 bulan camne la agak2 nye ye? mesti lagi comel.hua3... :)

checkup kat kk pun alhamdulillah xde masalah glucose or hb low.semua paras2 normal line je.syukur sangat rasenye.air gula pun x kene minum lagi walaupun dah banyak kali g check up.doktor kat kk pun pelik sebenarnye tau.sebab sepatutnye kalau berat aku naik mendadak mesti affect kat hb & glucose.so aku pun terangkan la aku makan vitamin yang doktor pakar aku check tiap2 bulan tu syorkan.ubat yang kk bagi memang aku x sentuh langsung sebab banyak sangat.aku x mampu nak makannye.yang ni memang mahal tapi berbaloi la dengan hasilnya.nak tau? meh aku sharekan..aku ni x kedekut ilmu..hik3..aku makan ni...

neurogain pb
harga rm50 kalau x silap..tahan untuk sebulan.
baik untuk otak bayi.

iberet folic
harga dalam rm30 lebih.untuk tambah darah n banyak la vitamin yang terkandung sekali.
memang elok untuk ibu mengandung.
ni pun tahan untuk sebulan jugak.

so kepada ibu2 mengandung yang ade masalah hb low boleh la try beli dekat farmasi iberet folic ni.jangan risau.folic acid memang dah terkandung dalam vitamin ni.memang elok.untuk otak bayi plak makan la neurogain pb.sampai kita breastfeeding baby pun kita still boleh makan lagi.panjang jugak entry kali ni yerk.al-maklum la..kumpul banyak2 cerita camni la jadinye.hihihi...terima kasih pada yang sudi membaca blog daku yang simple ni..

latest picture from me.. :)

kandungan 2 bulan

kandungan 3 bulan

 kandungan 4 bulan

kandungan 5 bulan dah..
paling latest..baru tangkap tadi.. :)




Alahan Ibu Mengandung

salam...

hai kawan2 blogger n silent reader semua..sihat? hehe..juz nak bagitau je yang aku sekarang ni tengah tak sihat..bukan tak sihat badan.tapi tak sihat dari segi lain..

korang mesti penah dengar ibu mengandung yang alah kan? macam2 jenis alahan yang ibu mengandung ni lalui.setiap orang tak sama situasi n cara alahannye..contoh2 alahan yang kite penah dengar macam pening2, muntah, loya, angin, perut sebu dan x selesa.ada juga yang takde selera makan sebab tak tau makanan ape yang kene dengan tekak..

untuk anak pertama yang aku tengah kandungkan ni lain pulak peel nye.sepanjang 16 weeks aku mengandung tak pernah aku alah apa2 pun termasuk la muntah or pening2.aku macam orang normal yang x mengandung je tau.sebabnya time mengandung ni la aku aktif, makan kuat, jalan sana sini.orang lain pulak yang risau kat aku..hehe..

ok dipendekkan cerita.masuk minggu yang ke 17 ni.aku dah mula rasa lain.aku dengan asben kan PJJ..sorang dekat perak,sorang dekat penang.so dalam sebulan tu gilir2 la kami kalau jumpe.kadang aku g penang.kadang asben balik perak.kalau x jumpe,selalu kitorang gayut je la kat tepon.dah dekat 2 minggu kitorang x jumpe skg ni.sbb masing2 bz dengan keje.pastu yang aku perasan,tiap kali asben aku tepon,mesti automatik airmata terus mengalir.xtau la nape jadi camni.maybe sebab rindu sangat kot.bukan call malam2 je jadi camtu.call time siang pun same tau.

macam contoh semalam,aku tengah drive nak balik lunch kat umah.then asben aku call..tengah2 drive pun boleh dibantainye menangis jugak..lahai..aku pun pelik dah.nasib la asben memahami.kalau x mau die cop aku ni minah ngade2..hehe..aku tak mintak pun jadi camni tau.datang tanpa diundang.hehe..tapi alhamdulillah la alahan aku ni tak membebankan.cam lawak pun ade..

p/s : minggu ni asben balik.harap2 alahan aku ni abis takat jumpe ni je.x nak la lame2.sian asben aku.bile rindu nak call pun tak boleh.terpaksa msg je..sbr ye sayang..

Penangan 7 Tahanan Terlepas

Salam...

Baru baru ni kan kecoh pasal 7 tahanan yang terlepas dari van polis yang dalam perjalanan ke mahkamah kan? geram je aku..sebabnya kawasan yang terlepas tu adalah kawasan asben aku mr apit. s0 die kene la standby kalau - kalau saksi yang nampak tahanan tu kat mane2. masalah dibuatnye. tapi memang pendapat aku totally salah pihak polis la.camne la tahanan yang ramai tu boleh xde escort n hanya naik van je untuk g mahkamah tu? dah tentu2 la semuanya penjenayah kan.x kisah la kes curi kereta ke motor ke kes bunuh ke kan. dah nama tahanan dah confirm2 la kene jaga baik2.mane boleh senang2 je bawak camtu..haii...pelik2..

tadi asben aku balik keje pukul 6 petang.kuar pukul 8 pagi tu. pastu die tepon aku cakap nak tido jap.penat sangat katenye..suruh aku kejut kol 7.30..aku pun ok kan jela sebab dah tau die penat keje. then 10 minit camtu die msg aku lagi.cakap x payah kejut sebab kene kuar keje balik..lahai siannye asben aku ni.x sempat langsung nak tido dah kene keje balik..dalam hati aku dah pikir.kuar keje ni mesti pasai kes 7 tahanan tu.

malam aku layan berita kat tv3..pastu pembaca berita cakap petang tadi ade nampak salah sorang suspek dekat kawasan area penang jugak.tapi terlepas. maknanya betul la kata aku yang asben aku kene panggil keje balik sebab tahanan tu.x habis2..cuti pun dah dibekukan tau. asben nak balik jumpa aku dengan baby pun x boleh..sedih tol rasenye..

cepatla kes selesai. baby dengan mommy rindu sangat dekat ayah die.. :)

setelah 5 tahun kapel..ni 1st time tengok asben pakai uniform..hihihi..sejak kawin pun x penah tengok lagi..
susah tol kalau laki bini keje ni..kadang2 rase cam nak  benti keje pun ade..
tapi x boleh..

sekian...


 
All Right Reserved by Amira Blog Design by ANIS NADHILAH