Followers

Fesyen Tudung Pengantin Terkini

Salam..

Nak tau x? setiap kali aku buka nuffnang aku kan.traffic paling tinggi yang aku tengok orang search blog aku ni adalah berkenaan isu tudung pengantin terkini.jap aku share hit story dalam blog aku ni ek.


ok continue back.tengok da kan yang hit story semua ade kene mengena dengan tudung. dalam 10 keywords tu 7 berkenaan tudung. kire memang majoriti semua wanita - wanita ni ada masalah dalam pemilihan gaya tudung. termasuk la aku masa nak kawin dulu.isu tudung juga yang jadi masalah untuk aku. dan sekarang ni aku nak share sikit tips untuk wanita - wanita diluar sana cara macam mana yang sesuai untuk anda gayakan tudung bagi nampak lagi cantik & vogue masa majlis bersejarah korang tu mengikut bentuk muka...aku share dari web www.jomcantik.com je ni.. :)

Bentuk Muka Oval

Biasanya boleh dikatakan bentuk idaman. Oleh itu,dalam menggunakan tudung, bentuk muka yang lain memerlukan sentuhan khusus supaya dapat mendekati bentuk muka oval. Sementara itu,bagi anda yang mempunyai bentuk muka oval pula, anda bebas memilih gaya bertudung, bahkan dapat mengelakkan daripada menggunakan hairband. Jadi jika anda penggemar selendang, anda bebas untuk menggunakan apa juga jenis selendang dan boleh memilih untuk menggunakan anak tudung atau pun tidak.

Bentuk Muka Petak/Kotak  

Ciri bentuk muka petak adalah lebih lebar di antara pelipis dan antara pangkal rahang lebih kurang sama, tulang rahang yang dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Dalam mengenakan tudung,bahagian tulang rahang dapat disembunyikan disebalik tudung dan gunakan hairband supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Mereka yang mempunyai bentuk muka ini, perlulah bijak menggayakan selendang. Stail Selendang Bienda atau ikatan di belakang tengkuk perlu dielakkan kerana gaya selendang ini tidak dapat menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilihlah gaya selendang yang menjurus kepada gaya lilitan.

Bentuk Muka Panjang

Seperti bentuk muka segi tiga,mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagunya yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi,disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening . Penggunaan anak tudung syiria bersama selendang adalah disarankan buat mereka yang memiliki bentuk muka panjang kerana ia dapat membantu kamu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka oval, semua jenis selendang sesuai digayakan.

Bentuk Segitiga  

Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga,ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu ditengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka.Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti hairnet. Bagi membolehkan bahagian kening terangkat gunakan headband sebelum menggunakan anak tudung tersebut. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukanlah satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka oval. Bagaimanapun, cara pemakaian selendang haruslah diperhatikan agar jarak pelipis yang lebih lebar berbanding jarak pangkal rahang tidak kelihatan nyata. Gaya selendang harus menjurus kepada gaya pintalan atau gaya sanggul lebih sesuai kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.

Bentuk Muka Bulat  

Bentuk muka bulat dicirikan dengan jarak dahi ke dagu sama dengan jarak kedua-dua pelipis serta tulang rahang yang bertimbung di pipi. Mereka yang mempunyai bentuk muka ini disarankan menggunakan hairband terlebih dahulu sebelum menggunakan anak tudung. Pilihlah anak tudung yang diperbuat dari bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Hairband yang digunakan akan membayangkan keluar dan menampakkan bentuk muka yang memanjang. Bagi pemilihan selendang,disarankan memilih selendang yang mempunyai fabrik yang nipis agar ukuran kepala tidak kelihatan bertambah apabila digayakan. Selandang pashmina nipis atau pashmina mini sangat sesuai digayakan mereka yang mempunyai bentuk muka bulat. Bagaimanapun , disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.

ok cukup..sekarang nak share fesyen tudung terkini yang tengah famous amous dan tengah menjadi kegilaan ramai.



simple n comey je kan? 

ni khas untuk bentuk muka panjang..

[tudung3%255B5%255D.jpg]
aida gadis melayu.jenis yang suka awning boleh la pakai camni.lawa jugak..

last but not least..hihihi...

 aku pilih style camni je masa wedding aku..

 biru n putih theme belah aku..turban style yang aku pilih.

belah lelaki mak andam aku pilih style bunga rose kat tepi.lawa jugak.tapi banyak sangat pakai jarum peniti.takut aku tercucuk sane sini..juz nice la..

ok aku harap pasni korang boleh la pilih tudung yang sesuai dengan bentuk muka korang tu ek.yang pasti selesa bila dipakai.jangan nak lawa je tapi x selesa.nanti korang jugak yang menyesal x sudah.sekian.

6 comments:

  1. ifa memang tgh cari idea tuk tdung skrg..konfius!!

    ReplyDelete
  2. hehe..survey dlu style mane yg sesuai dgn bntk muka..

    ReplyDelete
  3. Mira nk tnye pakej yg awak ambik dln rm1950..tu kt mne yer.ppe awk bls msg sy dkt emel ni sausalito_86@ymail.com tengs for sharing

    ReplyDelete
  4. saya amek pakej tu dekat sitiawan perak.. :)

    ReplyDelete
  5. wah tudung first tu mana nak dpt ye..

    ReplyDelete
  6. Ermmm sangat2 cantikk...mcm mana nak cari tudung y 1st tu? ?? Please reply :) thanks

    ReplyDelete

 
All Right Reserved by Amira Blog Design by ANIS NADHILAH