Followers

Senarai Semak Bakal Pengantin

Assalamualaikum


kat bawah ni list secara detail untuk merancang wedding korang. Oh, lupa aku save dari siapa. Maaf. Malas cakap eh tulis panjang-panjang, enjoice!




Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.



Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:



8 – 6 BULAN SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
• Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
• Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
• Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
• Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
• Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
• Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
• Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.



Bagi pengantin lelaki:

• Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.




5 BULAN SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
• Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
• Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
• Membeli cincin kahwin.
• Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
• Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
• Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
• Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
• Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.




3 BULAN SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
• Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
• Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
• Rawatan intensif muka, badan dan rambut.


Bagi pengantin lelaki:

• Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
• Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.


Bagi pengantin perempuan:

• Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
• Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.




2 BULAN SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Membeli barang kemas
• Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
• Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
• Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.




3 MINGGU SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
• Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.


Bagi pengantin perempuan:

• Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).




3 – 1 HARI SEBELUM perkahwinan:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
• Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
• Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
• Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
• Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
• Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
• Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.


Bagi pengantin lelaki:

• Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.


Bagi pengantin perempuan:

• Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
• Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)




PADA HARI PERNIKAHAN:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.


Bagi pengantin lelaki:

• Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
• Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
• Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
• Cincin / gelang tangan / rantai.
• Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
• Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
• Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
• Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda.
• Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.




PADA HARI PERKAHWINAN:


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
• Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
• Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.


Bagi pengantin lelaki:

• Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
• Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung


Bagi pengantin perempuan:

• Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.




3 HARI SELEPAS perkahwinan:

• Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.

p/s : secara jujurnye aku langsung xde buat persiapan lagi tau...ikut planning tarikh kawin kami bulan 6 ni..tp....semuanya terserah kepada ipd mr.apit.. :(

Aktif Berbisnes Semula

Salam...

dis month,tetibe terbuka hati nak mulakan balik bisnes..tapi bukan bisnes tudung macam dulu..kali ni nak jual kemeja, maxi dress ngan t-shirt korea..agak2 korang nak beli tak kalau aku jual?hihihi..sebab pe tau aku nak buat bisnes ni? sebab aku dah mula rasakan betapa x berbaloi nye aku bayar bil p1wimax ni tiap2 bulan hanya untuk online facebook & b'blogging semata-mata.haha.. sangat tak berbaloi kan? so dat's why la aku decide nak buat something yang boleh menguntungkan aku. maka dengan ini bermula lah kerjaya aku yang ke-2 sebagai peniaga pakaian on9..aku join venture dengan kawan aku Farhani Borhan...nama aku kan Amira..so terciptalah facebook ANIERA FESYEN..member aku ni jual minyak wangi...sesapa nak membeli belah kat boutique online kami boleh la klik sini yerk...


kami jual ni...








come! grab it now...!

sesape yang berminat boleh add facebook kat atas tu yerk..then inform aku trough Pm on facebook...



Jika rezeki itu buat kami...maka permudahkanlah...Amin...



selamat malam... :)

Dapat Ang Pau :)

Salam...

Minggu ni sangat bz...semua nya gara2 partner aku kene training kat ipoh selama 2 minggu..sangat penat..tambah lagi bile mesin rosak..x pasal2 aku kene jadi bidan terjun membetulkan mesin tu.da la mesin puluh ribu..takut aku nak godek2 nye.tapi kalo x godek2 x siap la keje aku ni..dugaan....tapi xpe,aku x kesah...sebab keje ni la aku dapat duit..kalo x mane datang nye kan?hehe...abaikan...

sebenarnye nak bagitau ni je.......... :)

hari ni dapat berita gembira dari manager aku pantai premier ipoh...15hb hari tu bos aku j0in dinner meeting kat kl..pastu dalam meeting tu soh inform kat all staff yang kitorang ni sume akan dapat "Ang Pau" sempena chinese new year hari tu..dapat sorang rm188..bos aku cakap lagi, dalam meeting tu jugak umum kan yang pantai lab kit0rang dapat best winner untuk tahun 2011.kire sampai target sales untuk tahun tu la...dapat rm7000 dan bile dibahagi dengan 32 staff dapat la sorang rm218..

so total dapat la semua staff rm400 yg akan dibank in dalam akaun kami hujung bulan ni!! End of February..

kaya aku bulan ni..dah la basic dah naik...pastu bulan ni jugak 1st time dapat duit oncall..pastu dapat lak lagi duit ang pau ni...skang ni tengah b'kira2 nak beli ape dengan duit tu yerk? hihihihi....setan dah mula b'leluasa nampak gayanye... :D

Disini Jual Ikan Segar

Assalamualaikum...


Seorang peniaga memulakan harinya dengan menjual ikan. dia mula memasang papan tanda yang bertulis ” Disini Jual Ikan Segar”. Tidak lama kemudian datanglah seorang
pengunjung yang bertanyakan tentang tulisannya.

“Kenapa awak tulis "DISINI"? Bukankah semua orang sudah tahu kalau
awak berniaga DISINI, bukan DISANA?”

“Betul juga!” fikir si penjual ikan, lalu dipadamnya perkataan “DISINI” dan
tinggallah tulisan “JUAL IKAN SEGAR”.

Tidak lama kemudian datang pengunjung kedua yang juga bertanyakan tentang tulisan nya di papan jualan tersebut
“kenapa awak tulis perkataan "SEGAR"? Bukankah semua orang sudah tahu kalau yang
awak jual ni sememangnya ikan segar, bukan ikan busuk?

“Betul juga” fikir si penjual ikan, lalu dpadamnya perkataan “SEGAR” dan
tinggallah cuma “JUAL IKAN”.

Tak lama kemudian datanglah pengunjung ke tiga yang juga bertanyakan
tulisannya: “Mengapa awak tulis perkataan JUAL? Bukankah semua orang sudah tahu
kalau ikan ini untuk dijual, bukan untuk pameran?

Benar juga fikir si penjual ikan, lalu dipadamnya perkataan JUAL dan tinggallah
perkataan “IKAN”.

Selang beberapa waktu kemudian, datang pengunjung ke 4, yang juga
bertanyakan tentang tulisannya: “kenapa awak tulis perkataan IKAN? Bukankah semua orang
sudah tahu kalau yang ini Ikan bukan Daging?

“betul juga” fikir si penjual ikan, lalu diturunkannya papan pengumuman itu.

Untuk renungan:

Bila kita ingin memuaskan semua orang, kita tidak akan mendapat apa-apa. Be yourself!

Beza org Bijak dgn org Kurang Bijak

salam...


malas nak cakap banyak jom
kita tengok apa beza orang Bijak dan orang kurang bijak.

1-orang kurang bijak selalu memikirkan keuntungan jangka pendek, tapi orang yang bijak memikirkan keuntungan jangka panjang.

2-Biasanya orang kurang bijak selalu bergerak berlebihan di waktu yang tidak tepat, tapi orang yang bijak banyak menggerakan otaknya di waktu yang tepat

3-orang kurang bijak menghabiskan waktu yang banyak untuk belajar tapi yang diserap sedikit, tapi orang yang bijak menghabiskan waktu yang sikit tapi pelajaran yang di serap banyak.

4-orang kurang bijak berseronok dengan jangka waktu lama tapi tidak pernah puas , tapi orang yang bijak berseronok dengan jangka waktu yang singkat dan selalu puas

5-orang kurang bijak selalu tidur di waktu yang tidak tepat oleh sebab itu dia selalu mengantuk , tapi orang bijak tidur di waktu yang tepat sehingga dia dapat menumpukan perhatian pada pelajaran

6-orang kurang bijak selalu berpakaian berlebihan tanpa melihat penampilan , tapi orang bijak bepakaian tidak belebihan sehinggaia nampak tidak melampau dan sempurna.

sekian..

Kontroversi Tudung Hana Tajima

Salam...

tadi bw kat blog kawan2..tetibe terjumpa entry pasal kontroversi tudung hana tajima ni dr blog pemudailahi..so aku rase macam nak share kat kengkawan pasal tudung style hana tajima ni..jangan lak nak hentam aku ke pe ek sebab aku pun kadang2 pakai tudung camtu jugak...aww!..hehe..sharing is caring kan?

so..check it out...!


Setelah saya selidik dan tengok pandangan ustaz-ustaz di Malaysia mengenai isu ini kebanyakannya adalah tidak bersetuju dengan pendapat bahawa tudung “Hana Tajima” dikaitkan dengan tudung biarawati kristian. Dibawah ini saya kupas kembali apa yang dikatakan oleh ustaz-ustaz tersebut secara ringkas.

1. Ustaz Azhar Idrus

Sebenarnya tudung biarawati kristian asalnya adalah pakaian muslimah Islam iaitu pengikut nabi Isa AS. Nabi Isa dalam syariatNya perempuan kena pakai tudung. Setelah wafatnya baru diubah iaitu orang biasa tidak payah pakai tudung hanya yang berkhidmat untuk Tuhan itu wajib. Nabi melarang umat Islam menyerupai orang kafir. Apa yang tidak boleh ialah kita mencontohi pakaian biarawati itu supaya jadi seakan-akan dia juga. Kalau pakai tudung secara kebetulan seakan-akan macam dia maka itu tidak jatuh hukum haram. Jadi sebenarnya niat seseorang pemakai itu yang penting iaitu adakah dia memakai tudung untuk menutup aurat ataupun untuk ikut macam tudung biarawati itu.

Ringkasan :
(Niat seseorang itu apabila memakai tudung adalah penting dan mesti berhati-hati)

2. Ustaz Zulkifli Ahmad

Selagimana orang nak bertudung biarlah dia bertudung asalkan menutup aurat dengan sempurna tetapi orang hari ni tidak tahu hendak membezakan yang lebih prioriti. Ini bukan asyik komen tentang pemakaian tudung Yuna macam paderi kristian. Kenapa tidak tegur orang yang tidak bertudung??? Konsep ini hanya sesuai untuk zaman sekarang ini iaitu belum ada pemerintahan Islam yang sebenar di negara ini. Apabila Islam memerintah dengan baik baru buat satu undang-undang yang lebih afdhal dengannya. Dalam zaman sekarang apa yang menjadi keutamaan adalah tutup aurat terlebih dahulu . Itu yang lebih penting sebagaimana kebanyakan artis wanita hari ini yang telah mempunyai kesedaran untuk berubah menjadi lebih baik dengan memakai tudung.

Ringkasan :
(Selagi menutup aurat, selagi itulah dibenarkan bertudung kerana belum ada pemerintahan yang sebenar pada masa ini )

Ustaz zaharuddin pun ada kupas mengenainya dan anda boleh merujuk di link ini Ustaz Zaharuddin

Apa yang boleh disimpulkan ialah kebanyakan mereka tidak bersetuju kerana zaman sekarang adalah zaman yang amat mencabar dan pelaksanaan Islam masih belum menyeluruh sekalipun telah didiktiraf sebagai negara Islam.



p/s : biarlah org nak pakai tudung style camne pun janji masih lagi menutup aurat...jaga aurat anda sebagai seorang wanita muslim...untuk peringatan diri sendiri jugak..

Sumpahan Kum Kum

Salam...


hari ni cadang nak g tengok cite Sumpahan Kum Kum ni sebab member aku cakap cite ni best...orang bz la katekan,dah nak expired cite baru berkesempatan nak tengok...hik3..gasak la nak cakap ape pun..so tadi aku msg la member aku si puteri..konon nak ajak g tengok cite ni kat panggung..sementara nak tunggu si putri reply msg aku,aku pun buka web MalayMoviesFull..kat web ni kan femes dengan cite2 melayu termasuklah yang movie,cerekarama,drama n macam2 lagi la..yang pasti semua cite melayu..nak tngok jugak mane tau kot2 dah masuk ke cite Sumpahan Kum Kum ni..last2 tengok ade dah..baru masuk agaknye..s0 dengan sepantas kilat aku pun msg putri cancel kan plan nak g panggung tadi..hik3...dah jimat kos..x payah bayar rm9 nak tengok cite ni kat panggung dah..hehe...so sesape yang x tngok cite ni lagi meh kite same2 tengok kat sini....


P/s : klik kat PART yg u all nak tgk..then klik kt SKIP AD..then SELAMAT MENONTON.. :)
 
All Right Reserved by Amira Blog Design by ANIS NADHILAH