Followers

Ya Allah Kuatkan Hatiku


salam..
sekarang ni mood tak berapa menentu.
mungkin sebab pembawakan baby dalam perut ni kot.
sekejap rase sedih..
sekejap gembira..
sekejap rase nak marah je..
kadang - kadang tengah suka pun tetibe rasa nak menangis.
tapi mostly bile malam menjelma mula la nak nangis.
lagi-lagi time nak tido..
tak tau la ape yang bermain dalam pikiran ku ni..

Ya Allah....
kuatkanlah aku...
dalam mengharungi hari-hari ku...
kuatkanlah aku dalam menghadapi karenah manusia...
jgnlah kau biarkan titik hitam menular di hatiku...
aku pinta dgn hatiku, dgn nafasku...
jauhkanlah aku dari sikap membenci sesama manusia....

Ya Allah Kuatkanlah aku,
Kerana aku terlalu lemah,
Jangan ya Allah kau biarkan aku tewas,
Kuatkanlah hatiku menempuhinya,

Jujur aku katakan ya Allah,
Aku terlalu takut,
Takut dengan kenyataan,
Yang aku sangsi akibatnya,
Yg menakutkan atau menenangkan,


Ya Allah,
Kiranya diri ini lupa akan dirimu,
Ingatkanlah aku ya Allah,
Jika aku menangis kau usapkanlah,
Air mata tangis ku,
Kerana aku tak mampu lakukanya sendiri.


Ya Allah,
Bantulah aku,
Hanya Kau yg berkuasa,
Kau jualah yg mengetahui segalanya,
Kau jualah yg memegang hidup dan ajalku.
Aku merayu Ya Allah,
Jadikanlah kesudahan yg terbaik bg umurku,


Wallahua’lam
insyaALLAH...
HANYA DENGAN IZINMU YA ALLAH...

Ayam Panggang Versi Pemanggang Ajaib

salam..

aku baru je beli pemanggang ajaib jenama ikan tu.
beli pun sebab geram dengar info banyak benda boleh masak dalam tu.
sedap je rupe..
lastly aku beli jugak dengan harga rm129..


so semalam nak merasmikan la pemanggang ajaib aku tu.
petang tu aku beli ayam n potong kecik untuk makan 3 orang.
maka jadi la macam ni..


Resipi Ayam panggang

Bahan - Bahan

1) Ayam 
(ikut suka kau la nak banyak mane.aku juz potong macam kat atas tu je..ngam2 satu pemanggang tu)
2) Sos Black Papper
3) serbuk cili
4) Sos honey hickory barbeque brand hunt's
4) garam secukup rasa

Cara - Cara

1) perap semua bahan diatas sekali dengan ayam selama setengah jam
(kalau masak x planning cam aku ni elok la buat setengah jam.sebab semua dah kelaparan.kalau perap lagi lama lagi sedap)
2) agak2 dah sebati semua boleh la panggang ayam tu.x payah bubuh minyak ye sebab pemanggang ni memang x melekat.
3) ok tunggu je la sampai masak ayam tu n boleh la dimakan..

sekian..senang je kan nak masaknye? x de la kita kene kipas2 ayam tu untuk panggang kan? hehe.. mudah dan pantas..

hasilnye....

gambar kurang menarik sebab tangkap pakai nset cap ayam je..hehe..
yang penting rase die nyam3...memang sedap... :)
selamat mencuba..

Selamat Hari Jadi En Asben!!

Salam..



12 Februari 2013
Hari yang sangat2 bermakna buat ku sebab hari ni hari jadi En Asben..
Mohd Firdaus Md Daud yang ke 28..
dah tua la syg..tapi perangai still macam budak2 lagi..
game x penah lepas nak main kalau dah buka laptop tu.
sabar je la...
disini isterimu ade ucapan sikit sempena hari jadi suami tercinta..
agak jiwang jugak la..hehe..

sayang...

ketika aku dalam kesusahan..kau lah yang membantu ku
ketika aku dalam kesedihan..kau lah yang menenangkan ku
ketika aku kegelisahan..kau lah yang menjadi tempatku mengadu 
ketika kau kesepian..kau lah teman paling setia ku
ketika aku membuat kesilapan..kau lah yang menegur dan memaafkan ku
ketika aku dalam kesakitan..kau lah penawar ku
ketika aku dalam kegembiraan..kau lah yang menjadi teman ketawa ku...


sayang..
tanpa dirimu...tak bermakna hidupku ini..
kaulah teman di kala aku kesusahan..kesepian...kegembiraan...
kaulah sebaik baik suami di dunia ini
demi cinta dan kasih sayangmu padaku
kau sanggup menerima segala kekuranganku..
semoga kasih sayang yang kita bina ini akan kekal hingga ke akhir hayat..

alhamdulillah...genap hari ni bertambah lagi usiamu syg..ku doakan semoga dengan pertambahan usiamu ini akan lebih dimurahkan rezeki olehNya dan kudoakan semoga ikatan yang kita bina bersama ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat kita. Kau lah anugerah terindah dan terbaik yang Allah berikan kepadaku. Kehadiranmu memberikanku kekuatan untuk lalui hidup yang penuh dugaan ini. Ketika susah dan senangku, kaulah yang setia menemaniku. Hanya engkaulah yang bertakhta dihatiku sayang!..Selamat Hari lahir yang ke 28..Semoga tahun ini akan terus dapat memberikan kita seribu satu makna dengan kehadiran baby yang lagi 4 bulan nak keluar ni.. :)..Selagi jasad ini masih bernafas, selagi itulah cintaku padamu akan tetap bersama. Walaupun tiada harta yang berjuta, tetapi dirimu tetap ku anggap sebagai harta yang paling bernilai dihati ini. Kau lah suami yang pertama dan terakhir ku..hanya nyawa yang dapat memisahkan kita..♥♥♥♥♥ you sayang!!!




p/s : tolong jangan muntah darah bile baca luahan hati isterimu ni ye..ngeh3...

Sakit Belakang Ketika Hamil



Mengapa sakit belakang/pinggang semasa hamil ... antara punca/ faktornya adalah:


  • Perubahan postur badan
Perubahan postur badan adalah melibatkan pengalihan pusat graviti badan lantas memberi tekanan ke atas bahagian belakang ibu hamil.
  • Perubahan berat badan
Penambahan berta badan yang keterlaluan boleh menyebabkan sakit belakang menjadi teruk dan pembesaran baby dlm kandungan juga boleh menekan urat saraf yang menyebabkan sakit belakang.
  • Perubahan hormon 
Rembesan hormon yang dpanggil 'relaxin' ketika mengandung bg melonggarkan ligamen sendi pada bhgn pelvis dan  tulang belakang bg memudahkan proses bersalin juga meningkatkan risiko sakit belakang.
  • Keletihan otot-otot
Posisi duduk, berjalan dan baring yang tidak betul menyebabkan otot-otot menjadi letih dan seterusnya mengakibatkan sakit belakang

Beberapa langkah yang dikenal pasti boleh mengurangkan sakit belakang:



Posisi berdiri :

Posisi bahu dan punggung mesti selari ketika berdiri.


credit to : http://www.mypositiveparenting.org


Posisi duduk :

Pilih kerusi yang selesa, ini bermakna mempunyai tempat duduk yang kukuh dan tempat letak tangan.
Letakkan bantal kecil di bahagian bawah belakang supaya menyokong belakang badan.
Jangan duduk bersilang kaki, sebaliknya perlu pastikan belakang badan lurus tegak.


credit to : http://www.mypositiveparenting.org

Posisi tidur :

Jangan tidur terlentang : tidur terlentang akan menyebabkan rahim memberi tekanan fizikal pada saluran darah besar (aorta dan inferior vena cava) lalu menghalang peredaran darah ke jantung seterusnya mengganggu bekalan oksigen dan nutrien pada baby.
Tidur mengiring, kedua-dua sendi lutut dibengkokkan sedikit & letakkan bantal di antara kedua peha.
Tidur mengiring: akan menyebabkan lebih banyak nutrient dan oksigen dihantar pada baby.

Mengiring ke kanan @ ke kiri :

Ada sesetengah Doktor mengatakan ke kiri, tetapi kiter tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Dr. Zubadi di dalam blognya menyatakan seorang wanita boleh mengiring ke sebelah kiri atau sebelah kanan, tetapi beliau lebih suka jika wanita tidur mengiring ke kanan kerana ianya menepati sunnah Rasullah S.A.W

Hadis riwayat Tarmizi : "Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata : Inilah cara berbaring yang di benci Allah S.W.T.


credit to : http://www.mypositiveparenting.org

Jika pekerjaan kengkawan memerlukan korang berdiri untuk masa yang lama, mengangkat benda-benda berat, naik tangga bertingkat2 atau bekerja mengikut shif, elok bincang majikan masing2.InsyaAllah ada jalan yang lebih baik untuk keselamatan & kesihatan ibu n anak..Majikan Malaysia x lah sekejam mana.. Duduk terlalu lama juga xbagus, cuba berehat dengan berjalan di sekeliling pejabat selang sejam dan ambil peluang pada waktu rehat untu baring seketika.


 Wallahu a’lam bish-shawabi  “Dan Allah Mahatahu/lebih tahu yang benar/yang sebenarnya”

source :
http://drzubaidi.com
http://www.mypositiveparenting.org
Berita harian  (Ratu) 11 Mei 2010

Bermulanya Esok T_T

salam..


Tajuk dah nampak muka sedih...
kenapakah puan Amira? 
ok,sebenarnye esok bermula aku keje sorang dekat lab tu untuk 2 minggu ni.
partner tempat keje aku chinese.
die dah mula cuti untuk sambut raya die.
s0 aku kene la cover pantai lab seri manjung tu sorang2... T_T
.x sukenye..
dulu masa lom preggy boleh la keje sorang.
sekarang ni macam dah x mampu lak sebab aku dah mula sakit pinggang kalau banyak berjalan.
keje aku dah la kene hantar report kat ward skali kalau despatch x balik round lagi..
mampukah aku nak tanggung sakit esok? 
untuk tempoh 2 minggu lak tu!! 
skali dengan standby oncall..
memang la duit dapat banyak tapi kalau ikut kesakitan yang akan aku alami nanti macam duit tu x penting je..
sape sudi nak ganti tempat aku???  
sehari boleh dapat dalam rm100 termasuk oncall & standby..hehe...cepat2..!!

Ayah, Nak Pinjam RM10 Boleh?


salam...
sila baca & hayatinya.. 
Anak: Ayah…ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm….nak tanya apa?
Anak: Ayah…berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.Anak: Amin saja nak tahu… ayah… Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih…!!” Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.
Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.
“Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni” Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyaklah ayah!” Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??” Amin tunduk… tak berani dia merenung ayahnya.
Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan…..”Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit…” “Tak cukup duit nak beli apa??”Jerkah ayahnya lagi. “Ayah…. sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah..” Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya…

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.
Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.

sumber : kisah wanita

Kandungan 5 bulan yang sangat awesome

Salam..

hai semua..hari ni tiba2 terbuka hati nak menaip.dah lama x meluahkan isi hati kat dalam ni.hehe..bukan ape,mood nak menaip xde so klo online pun juz buka facebook & blogwalking je kat blog kawan2. sebab tu la dah lama x update new story.hehe..ampun yerk.. :)

kali ni nak share la serba sikit cerita tentang baby dalam perut ni.dah 5 bulan duduk dalam perut mummy die ni.macam2 dah rase sepanjang bergelar seorang mummy to be.seronok sangat tau.hujung bulan 12 haritu pergi scan.1st time scan ayah die ikut.selalu scan mummy die sorang jerk. T___T ...nak buat camne.ayah die keje jauh.nak balik pun susah.sedih betul rasenye.tapi x boleh sedih sangat. mummy die kuat..yes!! i'm a strong woman & mummy.. :D

scan kali ni baby sangat malu.die xnak tunjuk langsung muka die.maybe sebab ayah die join tengok die skali.ape yang die malukan xtau la..hehehe...comel je rase kan? luv u la baby! kecik2 dah pandai malu.tapi die malu nak tunjuk muka je tau.lain2 die x malu.sebab kali ni kami dapat tau dah jantina baby.

anak panah menunjukkan our baby is boy!! :)
nampak dah die punya senapang.hihihi..


                                       scan bulan lepas elok je die tunjuk muka.
                                               baby tengah tido time ni.hehe..

                                        scan dekat pusat pakar Seri Manjung.

kandungan dah masuk 5 bulan 3 hari.ni baru rase gerakan baby.orang cakap anak pertama memang lambat rase gerakan mungkin sebab kita ni xde pengalaman kot.sebenarnye baby dah mula tendang klo ikut scan baby bulan ke 4. tapi dekat perut mummy je x rase lagi. sekarang ni cuma rase macam kene jentik je perut ni.sweet sangat.camne la rase kalau kandungan semakin meningkat nanti kan?mesti nak tido pun kene ganggu.tapi xpe..mummy suke.ade la jugak teman kalau x boleh tido ke.xde la sorang2 je macam selalu..

sepanjang 5 bulan ni alhamdulillah xde benda2 pelik yang berlaku kat aku macam sesetengah ibu2 mengandung lalui.alahan langsung xde..cuma makan je yang jadi masalah. keterlaluan sangat aku makan sampai berat start dari mengandung meningkat mendadak.sampai 8kg naik tau..takut dah nak timbang sekarang ni.baru 5 bulan.kalau 9 bulan camne la agak2 nye ye? mesti lagi comel.hua3... :)

checkup kat kk pun alhamdulillah xde masalah glucose or hb low.semua paras2 normal line je.syukur sangat rasenye.air gula pun x kene minum lagi walaupun dah banyak kali g check up.doktor kat kk pun pelik sebenarnye tau.sebab sepatutnye kalau berat aku naik mendadak mesti affect kat hb & glucose.so aku pun terangkan la aku makan vitamin yang doktor pakar aku check tiap2 bulan tu syorkan.ubat yang kk bagi memang aku x sentuh langsung sebab banyak sangat.aku x mampu nak makannye.yang ni memang mahal tapi berbaloi la dengan hasilnya.nak tau? meh aku sharekan..aku ni x kedekut ilmu..hik3..aku makan ni...

neurogain pb
harga rm50 kalau x silap..tahan untuk sebulan.
baik untuk otak bayi.

iberet folic
harga dalam rm30 lebih.untuk tambah darah n banyak la vitamin yang terkandung sekali.
memang elok untuk ibu mengandung.
ni pun tahan untuk sebulan jugak.

so kepada ibu2 mengandung yang ade masalah hb low boleh la try beli dekat farmasi iberet folic ni.jangan risau.folic acid memang dah terkandung dalam vitamin ni.memang elok.untuk otak bayi plak makan la neurogain pb.sampai kita breastfeeding baby pun kita still boleh makan lagi.panjang jugak entry kali ni yerk.al-maklum la..kumpul banyak2 cerita camni la jadinye.hihihi...terima kasih pada yang sudi membaca blog daku yang simple ni..

latest picture from me.. :)

kandungan 2 bulan

kandungan 3 bulan

 kandungan 4 bulan

kandungan 5 bulan dah..
paling latest..baru tangkap tadi.. :)




 
All Right Reserved by Amira Blog Design by ANIS NADHILAH