Followers

Demam...

Salam...

hari ni masuk hari ke3 demam..tak suke betol sebab demam ni bercampur dengan batuk n selsema..aku paling lemah sekali selsema...jap2 sokseksoksek...malu dengar dek orang je..tapi nasib la keje aku ni bukan berdepan dengan customer..kalau x orang pun takut nak dekat dengan aku..hehee..takut berjangkit..

aku nak share sikit berkenaan demam ni berdasarkan hasil pencarian ak dengan en.google...check it out!


DEMAM

Demam terjadi kerana kenaikan takat suhu tetap di dalam badan yang ditunjukkan dengan kenaikan suhu badan melebihi daripada suhu biasa. Ianya ditentukan melalui pengukuran suhu badan pada tapak ukuran yang disyorkan. Pengesahan kenaikan suhu badan ini boleh ditentukan dengan mengunakan jangkasuhu. Ketika demam, suhu yang diukur pada bahagian mulut akan menunjukkan bacaan melebihi 37.8ºC (100ºF) dan suhu dubur pula melebihi 38.3ºC (101ºF) atau 37ºC (98.6ºF) apabila disukat di celah ketiak.


Demam boleh terjadi tanpa sebarang sebab, seperti selepas bersenam atau pun terjadi akibat perubahan fisiologi badan seperti di dalam kes jangkitan kuman. Kuman yang menjangkiti badan dikenali sebagai pirogen. Istilah ini sebenarnya yang berasal dari perkataan Greek (pyro=api;gen=penyebab) bermaksud sebarang bahan yang menyebabkan kenaikan suhu apabila memasuki badan.

Bahan-bahan lain yang diketahui boleh menyebabkan kenaikan suhu termasuklah ubat-ubatan, penyakit seperti kanser dan serangan penyakit jantung, dadah dan racun. Perlu diterangkan juga bahawa kenaikan suhu badan boleh juga terjadi di dalam keadaan kejutan panas akibat suhu persekitaran yang tinggi. Di dalam keadaan kejutan panas, aktiviti kehilangan haba dari badan akan berlaku melalui perpeluhan dan pengembangan salur darah menjadi perlahan.

Semasa kejutan ini terjadi, kehilangan peluh yang banyak sebenarnya akan memburukkan lagi keadaan kerana mangsa kejutan akan mengalami kekurangan bendalir dalam badan atau dehidrasi. Suhu badan semasa kejutan terjadi boleh melebihi 24ºCelcius, pada takat suhu ini kulit mangsa akan menjadi kering, koma dan mungkin kematian. Sekiranya rawatan tidak diberikan secara agresif dan pantas, kemungkinan pesakit maut adalah tinggi sehingga boleh mencapai 80 peratus daripada semua kes kejadian kejutan panas.

Bagaimana Demam Terjadi?

Haba badan manusia terhasil akibat daripada proses penjanaan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti badan seperti pergerakan otot. Semasa sihat, penjana utama datang dari hati manakala ketika bersenam pula otot menjadi pengeluar haba utama. Proses penjanaan haba ini dipengaruhi oleh hormon badan dan otak. Di dalam keadaan normal, suhu badan ditentukan oleh proses penjanaan dan juga proses kehilangan haba.

Bagi membolehkan kehilangan haba badan yang cepat, proses yang biasanya di lakukan oleh badan sendiri ialah berpeluh di samping pengembangan saluran darah pada kulit agar haba badan yang disalurkan dapat di hilangkan melalui kulit.

Suhu badan biasanya ditetapkan pada julat suhu yang tertentu iaitu 36.5º hingga 37.5ºC melalui pusat kawalan suhu yang terletak pada otak. Bagi memboleh kan badan menetapkan suhu badan dengan persekitaran saraf sensitif suhu yang terdapat pada kulit akan menghantar maklumat ke otak secara berterusan.

Jika suhu persekitaran jatuh, maka maklumat yang disampaikan ke otak akan menyebab kan gerak balas badan, termasuklah perubahan tingkahlaku bagi mengimbangi kejatuhan tersebut. Dalam hal ini, gerak balas yang boleh diperhatikan adalah seperti bulu roma menegak atau menggeselkan tangan bagi meningkatkan suhu kulit.

Di dalam keadaan tidak normal, perubaan di dalam mekanisma pengawalaturan suhu badan ditunjukkan melalui dua keadaan iaitu demam dan kepanasan.

Demam dapat dikesan melalui kenaikan takat suhu tetap badan. Kepanasan pula ditunjukkan dengan pusat kawalatur pada otak yang tidak berubah walaupun kadar kehilangan haba dari badan semakin rendah yang mengakibatkan kenaikan suhu badan. Oleh itu, peningkatan suhu badan boleh disebabkan oleh tiga proses iaitu kenaikan suhu yang ditetapkan pada pusat kawalan yang terdapat di otak, peningkatan di dalam penjanaan haba pada otak dan pengurangan di dalam kehilangan haba badan.

Rawatan Demam

Sekiranya demam telah dipastikan, maka langkah rawatan sendiri boleh dilakukan oleh pesakit. Mungkin demam yang anda alami boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat-ubat tertentu sahaja. Sebaliknya jika penggunaan berulang ubat itu untuk beberapa hari tidak juga menyembuhkan demam, maka pesakit disarankan berjumpa doktor bagi mengenalpasti punca demam agar langkah selanjutnya dapat diambil.

Sekiranya perhatian tidak diberikan kepada pesakit terutama pesakit kanak-kanak di antara usia enam bulan hingga enam tahun, masalah demam boleh menyebabkan berlakunya sawan demam. Sawan jenis ini boleh terjadi hanya semasa demam dan ia tiada kaitan langsung dengan kecacatan otak. Ia boleh berpanjangan selama 10 hingga 15 minit.


sekian sahaja pembelajaran kite utk hari ni ye..terima kasih kerana membaca walaupun aku tau ramai yang x baca..hik3....


0 comment readers:

Post a Comment

 
All Right Reserved by Amira Blog Design by ANIS NADHILAH