Followers

Karak Movie Best!

Salam..

First of all nak tanya dah tengok Filem Karak ke blom? Ni filem kedua dari KRU Production yang aku tengok termasuk Merong Mahawangsa. Dalam dunia ni kita tak boleh menidakkan kehadiran ‘mereka’ sebab mereka jugak ciptaan Allah cuma mereka nampak kita tapi kita je tak nampak mereka sebab hijab kita sudah tertutup. Sape suka tengok cerita seram memang depa takkan lepaskan peluang beli tiket ni...Oklah jom layan sinopsis sat.

Sinopsis Filem Karak - Laluan Puaka

Empat pelajar kolej sedang menuju kembali ke Kuantan selepas bermalam di KL dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang Karak Highway.Oleh kerana mereka mempunyai kelas pada keesokan awal paginya, mereka membuat keputusan untuk keluar dari lebuhraya dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan jalan lama. Mereka tidak mengetahui bahawa keputusan ini akan mengubah hidup mereka selamanya.

Amacam seram tak baca sinopsis. Tak boleh lah nak cerita sampai habis kang KRU suruh aku buat novel pulak. Nak tau lagi pi TGV beli tiket. Alah Kung Fu Panda boleh tengok takkan cerita tempatan kedekut. Rasa-rasa dapat tak diorang semua sampai ke Kuantan? haha…

komen aku tentang cite ni :

* Dalam cerita ni kebanyakkannya pelakon baru tapi serius aku cakap lakonan diorang tak nampak macam diorang ni baru dapat pegang skrip tak kaku langsung. cute je sheera ayob berlakon dalam cite ni.kilafairy lak sexy gile..

* Jalan cerita best walaupun agak kelakar sikit. Bagi aku mula-mula aku agak tak boleh terima dengan ending dia tapi maybe die ade sambungan kot nanti.tak pun memang aku tak paham lagi jalan cite nye...hik3..

* dalam hidup ni kita tak boleh cakap besar dan jangan pulak jadi takut sangat itu lah yang akan menyebabkan kita terjumpa makhluk halus.

* Bacaan ayat kursi Syeera Ayob bikin gua naik bulu roma. Itu bezanya bila kita baca dan faham ayat Quran dengan kita baca tanpa faham.

Screen Shot :

Otai hantu...

On The Way ke Kuantan
Hantu Wolkswagon Kuning

Moral cerita ni ialah tak kiralah betapa majunya hidup anda jangan riak dan takbur. Apa yang kita perlu buat ialah kuatkan iman. Percaya yang Allah sentiasa ada dengan kita so mungkin benda-benda halus pun ‘malu’ nak jumpa kita.

0 comment readers:

Post a Comment

 
All Right Reserved by Amira Blog Design by ANIS NADHILAH